KesihatanTeknologi

Baik Buruk Media Sosial Kepada Remaja

Penggunaan media sosial dikalangan remaja sering merisaukan ibu bapa. Mampukah penggunaan media sosial beri kesan yang negatif kepada para remaja?

Penyelidik dan saintis masih mencuba untuk mengenalpasti bagaimana pengunaan media sosial dapat memberi kesan kepada para remaja, sama ada positif atau negatif.

Kajian mendapati kegunaan media sosial secara berpanjangan akan memberi tekanan kepada mental, emosi dan boleh merosotkan kemahiran perhubungan antara remaja serta mampu membuat remaja ketagih dengan penggunaannyamediasosial.

Antara kesan positif media sosial termasuk menjadi tempat perlindungan di mana mereka boleh meluahkan perasaan mereka apabila mengalami isu-isu kehidupan. Kadang-kala remaja akan bina hubungan sesama kawan dan berinteraksi dengan pengguna yang lain di internet.

Manakala, satu kajian dari Pittsburgh University of Medicine menemui kaitan dengan masa penggunaan media sosial dengan masalah tidur dan gejala-gejala kemurungan.

Kajian dari John Hopkins Bloomberg School of Public Health menemui insiden kemurungan telah meningkat secara mendadak di kalangan remaja, terutamanya perempuan. Ini mungkin disebabkan oleh ‘cyberbullying‘.

Di American University, satu kajian telah menemukan kaitan antara penggunaan sosial media and imej badan negatif yang boleh menyebabkan gangguan makanan.

Dalam tinjauan terbaharu yang dijalankan oleh The Royal Society for Public Health di London, Britain, Instagram dan Snapchat adalah media sosial yang paling membawa keburukan untuk remaja.

Hasil kajian ini melaporkan bahawa ramai remaja wanita didedahkan dengan gambar-gambar yang telah diubah untuk kelihatan sempurna dan menggunakan gambar-gambar tersebut untuk membandingkan diri mereka dengan kehidupan wanita lain di media sosial.

Satu lagi kesan negatif media sosial adalah komen-komen yang diberi boleh di salah baca kerana kita tidak boleh lihat ekspresi muka sama ada komentar tersebut bergurau ataupun serius, kita juga tak boleh kesan nada suara dan mungkin disalah anggap maksud komen yang diterima.

“Remaja tidak berfikir ke depan seperti orang dewasa,” kata Dr Pate. Beliau┬ájuga menambah bahawa otak manusia tidak berkembang sepenuhnya sehingga mereka berusia 25 tahun.

Beberapa penyelidik juga memberi amaran tentang kajian kesan sosial media dan para remaja kerana ada juga pengguna yang terima kesan positif. Kajian-kajian ini juga tidak memberi perhatian kepada keadaan minda pengguna sebelum menggunakan media sosial.

The Royal Society mencadangkan supaya sekolah mengajar cara menggunakan media sosial secara selamat dan seru supaya banyak lagi kajian dijalankan tentang kesan media sosial dan kesihatan remaja.

Ibu bapa juga dinasihatkan untuk memantau dan menghadkan jangka masa penggunaan media sosial.

Sumber: The Star
Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker