AntarabangsaIsu Semasa

Mengapa Industri ‘Sewa Warga Asing’ Di China Semakin Meningkat?

Perniagaan “menyewa” warga asing telah berlangsung lebih dari satu dekad, dan walaupun wajah asing menjadi lebih biasa, terdapat lebih daripada 900,000 orang asing yang bekerja di China pada tahun 2016, jumlah ini meningkat dengan mendadak dari hanya 10,000 pada 1980-an.

Apabila Katie (bukan nama sebenar), seorang warganegara Amerika berpindah ke Beijing, dia mendapati perkerjaannya tidak mampu menampung kos hidupnya. Bagaimanapun, dia ternampak satu iklan yang memerlukan warga asing fasih berbahasa Cina sebagai pekerja sambilan. Katie lalu memohon dan diterima.

“Pekerjaannya” adalah sebagai pembantu kepada pengarah firma. Tugasannya adalah untuk meneman pengarah firma tersebut makan malam dengan pelanggan (client) sekali seminggu.toodia_client-stock-image

“Sayu tak berapa tahu tentang syarikat ini dan tak pernah bincang tentang hal perniagaan semasa makan malam,” Katie berkata.

Katie tidak pernah bertanya mengapa syarikat itu memerlukan seorang warga asing. Tetapi dia percaya ia mempunyai kaitan dengan mewujudkan imej “antarabangsa” untuk syarikat itu, dan keupayaannya untuk menambahkan unsur “eksotik” kepada perbualan makan malam.

Satu dokumentari yang berjudul  ‘Dream Empire’, diarah oleh David Borenstein dipamerkan di International Documentary Film Festival Amsterdam pada hujung 2016. Dokumentari ini telah memenangi anugerah  Thessaloniki Golden Alexander di Greece pada bulan Mac. Tetapi dokumentari ini masih belum ditayangkan di China.

Borenstein berkata warga asing dalam dokumentari ini menganggap diri mereka sebagai “monyet putih” kerana peranan mereka dalam perkerjaan tersebut. Penonton bukan perhatikan perkerjaan yang dibuat tetapi warna kulit mereka. Ia terasa seperti monyet di dalam zoo.

Namun perkara ini bukan sesuatu yang luar biasa bagi syarikat China untuk menyewa warga asing, terutama orang putih dari Barat untuk mewakili mereka dalam peranan jenis perhubungan awam. Ramai orang China menyamakan wajah Kaukasia dengan kejayaan perniagaan dan tinjauan global.

Selama beberapa dekad, produk yang dibuat di China akan dikaitkan dengan elemen asing seperti nama yang berbunyi Barat atau dimodelkan oleh model Kaukasia.

toodia_aliexpress-modelPersepsi kejayaan

Persepsi itu menjadikan China sebagai tempat yang lumayan bagi warga asing untuk mendapatkan pekerjaan berdasarkan penampilan mereka tanpa melihat kemahiran yang dimiliki.

Syarikat-syarikat akan mengupah orang asing untuk main peranan sebagai pemuzik, atlet, arkitek, peguam dan banyak profesional lain untuk aktiviti pemasaran  – satu cara yang biasa untuk memenangi lebih banyak pelanggan China.

Siapa yang benar dan siapa yang palsu?

Bagi kebanyakan orang China, wajah antarabangsa masih menarik perhatian. Xie Fengyun, penduduk Shanghai berusia 50-an, berkata beliau merasakan produk yang dipromosikan oleh model asing dan syarikat dengan eksekutif asing lebih dipercayai.toodia_rent-a-foreigner

“Ia bererti mereka di tahap antarabangsa,” kata Xie, tetapi berkata dia tidak pernah menjumpai seorang warga asing dalam acara pemasaran.

Tetapi pekerja kolar putih Lily Zeng, yang tinggal di Guangzhou, berkata amalan itu tidak menarik perhatiannya. Beliau berkata beliau pernah melihat sekumpulan orang asing menyanyi dan menari semasa pelancaran projek hartanah.

“Aktiviti-aktiviti ini tidak menarik sama sekali, dan bagi penonton, ia tidak melakukan apa-apa untuk meningkatkan kesan mereka terhadap projek-projek ini,” katanya.

John Lombard yang berasal dari Kanada telah menetap di China selama lebih dua dekad. “Bagi saya, dan kebanyakan ekspatriat lain yang menjadi ahli perniagaan yang serius di China, orang-orang ini sangat menjengkelkan,” kata Lombard pada platform berkongsi ilmu pengetahuan Quora.

“Mereka merosakkan reputasi ekspatriat secara umum, dan menjadikannya lebih sukar bagi saya untuk menghasilkan kepercayaan dan kredibiliti apabila saya berjumpa bakal pelanggan dan rakan kongsi. Ia adalah industri yang dibina di atas platform ketidakjujuran dan penipuan.”

Ia juga mencerminkan kurangnya keyakinan masyarakat terhadap identiti budaya, menurut penganalisis Li Bochun, pengarah Institut Penyelidikan Peremajaan Kebudayaan Cina yang berpangkalan di Beijing.

Li berkata bahawa pengunaan muka asing untuk menghiasi imej sebuah syarikat menekan isu “penyembahan orang asing” (“foreigner-worship”).

Beliau mencadangkan pihak berkuasa memperbaiki keadaan dengan mendidik orang Cina tentang kepentingan dan nilai sejarah budaya negara dalam masyarakat moden.

Sumber: Korea Times
Show More

Related Articles

Back to top button