Isu SemasaTempatan

Diselamatkan Tetapi Akhirnya Mati

Beribu-ribu haiwan dilindungi yang dirampas oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah mati di tangan pihak berkuasa pada tahun lepas disebabkan oleh cara pengendalian yang tidak betul.

Haiwan-haiwan ini, yang kebanyakannya adalah daripada spesies haiwan yang terancam dan eksotik, telah diseludup atau disimpan secara haram oleh pemilik haiwan tempatan ketika dirampas.

Menurut sumber, kekurangan kepakaran dan pengetahuan untuk mengendalikan haiwan ini dalam kurungan menjadi punca kematian mereka.

Antara haiwan yang mati dalam jagaan Perhilitan merupakan 1,000 kura-kura Indian Star dan 10 langur  remaja dan bayi. Kedua-dua spesies tersebut telah dirampas daripada peniaga haram pada pertengahan tahun 2016 dan 27 Mac lalu.  Haiwan lain yang menemui maut di pusat-pusat menyelamat Perhilitan termasuk kucing bintang asia, primat-primat kecil termasuk ungka yang terancam, dan burung murai batu.

Maklumat mengenai haiwan yang disita PERHILITAN

Sumber tersebut  berkata, haiwan-haiwan ini adalah antara  spesies yang telah dirampas dan  disimpan di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Negara jabatan di Sungkai, Perak, dan di Sungai Tengi, Selangor.

Kedua-dua pusat simpanan haiwan  ini  adalah tempat simpanan utama Perhilitan untuk binatang yang disita. Jabatan ini mempunyai 11 pusat pemuliharaan lain di seluruh negara yang menjadi pusat simpanan bagi hidupan liar yang disita.

Menurut sumber tersebut, kebanyakan pengendali mempunyai hanya sedikit atau tiada pengetahuan langsung dalam menyimpan, mengendali dan menjaga haiwan.

“Mereka tidak terlatih untuk mengendalikan spesies-spesies ini dan hanya mempunyai sedikit pengetahuan atau kepakaran teknikal untuk menjaga haiwan yang disimpan di pusat-pusat menunggu untuk dihantar pulang ke negara asal mereka.

toodia_animals-die
Kurangnya kepakaran dan pengetahuan dalam bidang penjagaan haiwan eksotik antara faktor banyak haiwan dalam jagaan Perhilitan mati

 “Jadi,  haiwan ini akhirnya telah diabaikan. Mereka tidak diberi makan dengan baik dan diet yang betul, ataupun ditempatkan di kemudahan yang sesuai. Faktor-faktor ini boleh menyebabkan haiwan tertekan akibat tinggal dalam kurungan, seterusnya ini menjadikan mereka terdedah kepada penyakit dan kematian.”

Seorang doktor haiwan yang pernah bekerja di Perhilitan berkata ranger perlu untuk dilatih dahulu untuk mengendalikan haiwan-haiwan tersebut.

“Ramai yang tidak tahu apakah cara penjagaan yang terbaik untuk haiwan-haiwan yang berada di sini.

Beliau berkata Perhilitan pernah mempunyai doktor haiwan sendiri untuk berurusan dengan haiwan yang disita tetapi semua pegawai-pegawai ini telah dipinjamkan daripada Jabatan Veterinar.

“Ramai daripada kami dilatih dalam mengendalikan haiwan domestik dan kami belajar menguruskan haiwan eksotik dan hidupan liar hanya selepas menyertai Perhilitan,” katanya.

Traffic, rangkaian pemantauan perdagangan hidupan liar, mengatakan Malaysia adalah salah satu daripada negara-negara Asia Tenggara yang tidak mempunyai kepakaran untuk mengendalikan haiwan diseludup yang telah disita dan disimpan dalam kurungan.

KUALA LUMPUR 01 APRIL 2017. Anak Lotong Cengkong antara binatang liar yang berjaya dirampas oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) ketika Ops Taring V di Ibupejabat PERHILITAN Cheras. NSTP/YAZIT RAZALI
Anak lotong cengkong antara haiwan yang pernah disita PERHILITAN awal tahun ini.

Pengarah Traffic di Asia Tenggara,  Chris Shepherd berkata Traffic menyedari masalah Perhilitan tetapi menambah bahawa hal ini  boleh dielakkan atau dikurangkan jika jabatan itu mengambil langkah untuk mempunyai sebuah kumpulan yang terdiri daripada anggota Perhilitan, Jabatan Kastam, dan ahli-ahli akademik.

Beliau berkata merupakan satu cabaran bagi jabatan tersebut untuk menjaga haiwan yang disita kerana ia terpaksa berhadapan dengan banyak spesies yang berbeza.

“Bagaimanapun, jika mereka mengumpulkan secara ideal semua sumber yang ada, usaha  ini  akan mengurangkan kadar kematian haiwan-haiwan tersebut,” katanya.

Shepherd berkata membenarkan agensi penyelamat swasta untuk  mengendali spesies-spesies haiwan  eksotik dan diimport juga boleh meningkatkan kadar kemandirian haiwan-haiwan tersebut.

Sumber: The Star

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker