Isu SemasaPolitikTempatan

Pengundi Belia Penentu Masa Depan Negara

Pada zaman ini, masyarakat seluruh dunia, terutamanya dari kalangan belia bergiat aktif dalam laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya untuk tujuan hiburan serta mengikuti perkembangan semasa.

Golongan belia masa kini sangat aktif dalam menyuarakan pandangan dan kritikan tentang keadaan politik negara di laman sosial.

Namun pada hari mengundi pilihan raya, tidak ramai daripada mereka yang keluar untuk menunaikan tanggungjawab demi masa depan negara.

Gambar sekadar hiasan – Sumber: www.bacsense.com

Pada Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU13) yang lalu, statistik daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan bahawa pengundi yang keluar untuk mengundi adalah yang tertinggi di dalam sejarah semua PRU di Malaysia, iaitu Seramai 11.3 juta orang (84.8 %).

Walau bagaimanapun, jumlah ini tidak mewakili keseluruhan populasi rakyat Malaysia, tetapi hanya sebahagian daripada jumlah pengundi yang berdaftar.

Ini bermakna bahawa masih terdapat 15.2% lagi pengundi yang tidak mengundi pada hari tersebut. Pada masa yang sama, jumlah pengundi belia dalam lingkungan umur 21-39 tahun dianggarkan seramai 5.2 juta orang pada ketika itu.

Gambar sekadar hiasan – Sumber: melvister.com

Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 tahun lepas pula, sambutan daripada belia amat mengecewakan. Kami berkesempatan untuk menebual beberapa orang pengundi pada waktu itu, namun tiada seorang pun dari mereka yang berumur 30 tahun ke bawah.

Ke manakah perginya golongan yang berumur 21 hingga 29 tahun? Menurut seorang warga tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Ahmad (bukan nama sebenar), ramai belia tidak mahu mendaftar kerana sudah ‘fed up’ dan tidak percaya dengan keadaan politik negara.

“Di kawasan kejiranan saya, ramai belia yang sudah layak untuk menjadi pengundi, termasuk anak saya.

Gambar sekadar hiasan – www.bicarasemasa.com

“Tetapi, saya tengok mereka ini hanya berani bersuara di laman Facebook, kononnya hendak melihat perubahan dalam keadaan politik negara. Tetapi pada hari mengundi, masih ramai yang tidak mahu mendaftar kerana sudah ‘fed up’.

“Bagaimana untuk melakukan perubahan jika tidak mengundi? Sekadar berani mengkritik di laman sosial sahaja tidak memberi apa-apa kesan jika tiada tindakan yang di ambil,” kata Encik Ahmad.

Statistik jumlah pengundi berdaftar terkini yang dikeluarkan oleh SPR pada awal tahun 2016 amat membimbangkan. Seramai 4.2 juta orang daripada 17.7 juta yang layak untuk mendaftar sebagai pengundi, masih belum berdaftar. Yang lebih mengejutkan lagi, 59% daripada jumlah tersebut adalah daripada kalangan orang Melayu dan Bumiputera.

Sekiranya ‘budaya’ tidak mendaftar dan tidak mengundi ini berterusan sehingga PRU-14 nanti, ini bermakna seramai 4.2 juta orang rakyat Malaysia pelbagai kaum tidak akan keluar mengundi menjelang hari pilihan raya yang akan berlangsung pada tahun 2018 nanti.

Gambar sekadar hiasan – Sumber: www.panduanmalaysia.com

Akhir sekali, di sini kami tunjukkan syarat-syarat untuk menjadi pengundi, seperti yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR):

  • Seorang warganegara Malaysia
  • Telah mencapai umur 21 tahun
  • Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan
  • Tidak hilang kelayakan di sisi undang-undang

 

Show More

Related Articles

Back to top button