AntarabangsaIsu Semasa

5 Fakta Tentang Keluarga Diraja Jepun

Buat julung kalinya selepas 200 tahun, Maharaja Jepun akan dibenarkan untuk turun takhta dengan rela selepas Parlimen negara itu meluluskan rang undang-undang khas untuk pelaksanaannya.

Di sini, kami bawakan kepada anda 5 fakta yang anda mungkin tidak tahu tentang kerabat diraja Jepun.

1. SEJARAH LAMA

wpid-82gbnkv
Keluarga Maharaja Jepun ke-122, Maharaja Meiji – Sumber: sonicch.com

Keluarga Imperial (kerabat diraja) Jepun dipercayai adalah kerabat diraja yang tertua di dunia, penuh dengan sejarah mitos yang bermula lebih daripada 2,600 tahun dahulu.

Maharaja Akihito adalah maharaja yang ke 125 sejak Maharaja Jimmu, dan baginda dikatakan datang dari keturunan dewa matahari bernama Amaterasu.

Maharaja telah memainkan peranan penting dalam agama asal Jepun yang dikenali sebagai agama Shinto, di mana mereka melaksanakan pelbagai upacara tahunan untuk kesejahteraan negara itu.

2. SIMBOL PERLEMBAGAAN

emperor-hirohito
Maharaja Hirohito bersama Jen. MacArthur di Tokyo, 27 September 1945 – Sumber: www.japan-zone.com

Ancaman terbesar dalam sejarah keluarga diraja Jepun adalah kekalahan negara itu di dalam Perang Dunia Kedua.

Selepas peperangan, terdapat pihak yang ingin memansuhkan terus pemerintahan monarki di negara tersebut.

Namun, Jeneral Amerika Syarikat, Douglas MacArthur yang mengetuai misi penjajahan selepas peperangan meminta supaya ia dikekalkan, tetapi kuasa seorang maharaja telah banyak dikurangkan.

Perlembagaan yang dikuatkuasakan oleh AS terhadap negara jepun membuang status ‘semidivine’ (lebih dari manusia, kurang dari tuhan) maharaja dan menjadikannya sebagai “simbol” sebahagian daripada pendemokrasian radikal.

3. POPULARITI

Maharaja Akihito bersama isteri baginda, Permaisuri Michiko – Sumber: www.hellomagazine.com

Tidak seperti keluarga diraja di segelintir negara, Jepun tidak mempunyai pergerakan republikan dan maharaja serta keluarga diraja telah meraih sokongan dari majoriti rakyat di negara itu.

Maharaja Akihito dan isterinya amat popular dengan sikapnya yang rendah diri dan berjiwa rakyat. Mereka telah melawat kawasan-kawasan yang dilanda bencana alam berjumpa dengan mangsa, terutamanya selepas gempa bumi tahun 2011, tsunami dan bencana nuklear.

Akihito juga sering kali memberi amaran supaya Jepun tidak sesekali lagi mencetuskan peperangan seperti yang dilakukan ketika Perang Dunia Kedua.

4. PEMERINTAHAN LELAKI

Putera Mahkota Naruhito (kiri) bersama isteri dan adiknya, Putera Akishino (kanan) – Sumber: www.680news.com

Sistem monarki Jepun adalah sama seperti sistem di kebanyakan negara lain, di mana anak lelaki maharaja akan menjadi pewaris takhta selepas baginda mangkat.

Selepas penurunan takhta Akihito, anak sulung lelakinya, Putera Mahkota Naruhito akan mengambil alih takhta.

Adik lelaki Naruhito, Putera Akishino adalah calon kedua manakala anak satu-satunya anak lelaki Akishino, Putera Hisahito adalah calon ketiga untuk mewarisinya.

5. MASA DEPAN MONARKI

Puteri Mako dan kekasihnya – Sumber: www.dramafever.com

Sekiranya Hisahito hanya mempunyai anak perempuan pada masa akan datang, keluarga diraja itu cenderung untuk menghadapi krisis pewaris takhta melainkan undang-undang dipinda.

Lebih membimbangkan, mana-mana ahli keluarga diraja wanita yang berkahwin dengan orang kebanyakan (rakyat biasa) akan kehilangan status dirajanya buat selama-lamanya.

Oleh itu, terdapat juga pihak yang mencadangkan supaya undang-undang tersebut dipinda supaya boleh meneruskan legasi keluarga diraja Jepun.

Cucu perempuan Maharaja Akihito, Puteri Mako akan kehilangan status beliau sebagai ahli keluarga diraja selepas mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya dari kolej tidak lama lagi.

Sumber: The Star

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button