AntarabangsaIsu Semasa

Kumpulan Dadah Segi Tiga Emas Hasilkan Dadah Baru

Pejabat Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unodc) mengeluarkan amaran bahawa kartel dadah Asia Tenggara kini sedang mempelbagaikan narkotik yang mereka hasilkan, di mana terdapat lebih daripada 160 jenis dadah baru di pasaran sejak 8 tahun lalu.

Segi Tiga Emas (The Golden Triangle) – di mana Laos, selatan China, Thailand dan Myanmar bersilang – merupakan pengeluar dadah kedua terbesar di dunia selepas Latin Amerika dan amat terkenal dengan kegiatan menghasilkan heroin dan methamphetamine (syabu).

Tetapi, ahli kimia kartel juga sedang mencipta dadah baru yang masih belum diharamkan dan mereka menawarkan kompaun dadah murah kepada pelanggan.

Berdasarkan laporan Unodc, bahan psikoaktif (NPS) baru juga muncul pada tahap yang membimbangkan, dengan 168 dadah baru berjaya dikenal pasti sejak tahun 2008 di semua 11 buah negara Asia Tenggara dan China.

“Dunia dadah telah menjadi lebih rumit. Kita sedang melihat banyak bahan baru, bahan yang anda mungkin tidak pernah dengar, tetapi ia ada di sini,” kata Martin Raithelhuber, pakar dadah sintetik di Unodc.

Rangkaian dadah Segi Tiga Emas – Sumber: www.thestar.com.my

Kompaun baru dadah ini bertindak sebagai perangsang, halusinogen, sedatif (penenang), dan opioid (penghilang kesakitan).

Dadah tersebut boleh diambil dengan sendiri atau dipotong dengan dadah lain di pasaran untuk jimat kos atau meningkatkan khayalan.

Banyak NPS masih terlalu baru, dan kerajaan bertungkus lumus berjuang untuk mengharamkannya. Tetapi apabila langkah itu diambil, ahli kimia dengan mudah boleh mengubah formula untuk menghasilkan kompaun dadah baru dengan ciri-ciri yang sama,

Dengan kajian yang masih sedikit mengenai dadah-dadah baru ini, ia sekali gus meningkatkan risiko terhadap pengguna.

Salah satu dadah baru yang paling popular sejak kebelakangan ini adalah fentanyl, sejenis opioid yang 100 kali ganda lebih kuat dari heroin yang kini sedang mencetuskan huru-hara di Amerika Utara.

Kajian mendapati bahawa kira-kira 2.6 juta rakyat Amerika terpaut dengan preskripsi ubat tahan sakit opioid, di mana ia telah menyebabkan 33,000 kematian akibat ‘overdose’.

Raithelhuber berkata, kebanyakan dadah baru yang dikesan di Asia Tenggara adalah bahan jenis fentanyl, dan ia menyasarkan pengguna Eropah atau Amerika Utara.

Sumber: The Star
Show More

Related Articles

Back to top button