AntarabangsaIsu Semasa

Dulu Pelarian, Kini Juruterbang Wanita Afghanistan Yang Pertama

Seorang juruterbang wanita Afghanistan bernama Shaesta Waiz, 29, telah memulakan perjalanannya untuk menjadi wanita termuda dalam sejarah yang mengelilingi dunia menaiki pesawat secara solo.

Waiz dilahirkan di kem pelarian ketika perang Soviet di Afghanistan berakhir sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat bersama keluarganya pada tahun 1987.

Di sana, beliau menemui minat yang mendalam untuk membawa pesawat dan kemudian mendapat lesen juruterbangnya – sekali gus menjadi juruterbang wanita yang pertama dari Afghanistan.

“Apabila saya menemui minat saya – untuk terbang (membawa pesawat) – di situ saya mula mencabar diri saya. Saya mula membaca. Saya mula membuat matematik dengan lebih baik,” katanya sambil menambah bahawa cara beliau melihat pada dunia dan langit juga mula berubah.

Ujar Waiz, perkara yang paling penting adalah untuk mencari minat dan kemudian mengejarnya.

555-shaesta-waiz
Shaesta Waiz – Sumber: www.ainonline.com

Menurut laporan, beliau mula berlepas menaiki pesawat Beechcraft Bonanza A36 daripada Daytona Beach, Florida pada 13 Mei bulan lalu dan akan terbang sejauh 25,800 kilometer (16,000 batu) ke lebih daripada 18 buah negara termasuk Sepanyol, Egypt, India, Singapura dan Australia sebelum pulang semula ke Florida pada bulan Ogos ini.

Semasa berhenti di kira-kira 30 destinasi sepanjang perjalanan, graduan kejuruteraan dari Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) itu akan menganjurkan majlis untuk menarik minat pelajar sekolah terhadap sains, terutamanya aeronautik.

Berdasarkan statistik ICAO, juruterbang komersial dalam kalangan wanita adalah kurang dari 5%.

Waiz menyatakan bahawa ia amat menyeronokkan untuk meneroka peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.

“Kami berharap untuk membentangkan kepada kanak-kanak muda di majlis-majlis tersebut apa pekerjaan itu sebenarnya… dan mudah-mudahan mendapatkan mereka untuk menceburi pekerjaan-pekerjaan yang memerlukan bakat yang lebih,” katanya.

Di laman web bukan-keuntungan miliknya bernama Dreams Soar, beliau menulis: “Setiap kali saya membuka pintu sebuah pesawat, saya tanya diri sendiri, Bagaimana seorang perempuan yang mempunyai latar belakang seperti saya menjadi sangat bertuah?

“Secara jujurnya, semua orang boleh menjadi saya,” ujarnya lagi.

Sumber: The Star
Show More

Related Articles

Back to top button