AntarabangsaIsu Semasa

Amerika Syarikat Meminta Pemohon Visa Memberikan Maklumat Laman Sosial

Amerika Syarikat telah mula bertanya beberapa bakal pelawat negara itu yang ingin memohon visa untuk memberikan maklumat mengenai identiti mereka di media sosial. Ini merupakan antara kaedah saringan pihak A.S.

Saringan ini dilakukan oleh kerajaan AS adalah untuk mereka yang ingin memohon visa ke negara tersebut

Seorang pegawai Jabatan Negara, yang setuju untuk memberi maklumat dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, telah memberitahu AFP prosedur keselamatan baru ini berkuat kuasa mulai 25 Mei untuk pengembara yang dirasakan berisiko.

Pelan ini telah menimbulkan kebimbangan pihak peguam bela hak-hak awam, yang takut pelancong yang tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana ancaman pengganas boleh didiskriminasikan berdasarkan pandangan politik atau agama mereka.

Ia juga dimulakan semasa pelancaran langkah yang penuh dengan kontroversi, percubaan Presiden Donald Trump untuk mengharamkan semua pengembara dari enam negara yang kebanyakannya negara Islam.

Tetapi dalam memorandum 6 Mac tersebut,  Trump berikrar untuk mengetatkan kawalan ke atas siapa yang boleh memasuki Amerika Syarikat, termasuk dengan mengkaji tingkah laku dalam talian mereka.

Menurut pegawai AS tersebut, pegawai konsular kini boleh menuntut maklumat tambahan daripada pemohon yang dianggap memerlukan “tapisan keselamatan negara yang lebih ketat”.

“Pemohon visa tersebut  akan diminta untuk memberikan maklumat tambahan, termasuk identiti media sosial mereka, nombor pasport yang terdahulu, maklumat tambahan mengenai ahli keluarga, dan sejarah perjalanan terdahulu, pekerjaan, dan maklumat untuk dihubungi,” katanya lagi

Walau bagaimanapun, beliau berkata, perubahan ini akan “menjejaskan hanya sebahagian kecil daripada satu peratus daripada lebih 13 juta orang pemohon visa tahunan di seluruh dunia.”

Tidak ada cadangan yang pengembara perlu menyerahkan kata laluan  akaun laman sosial mereka.

Saringan identiti di laman sosial bagi mengetahui samaada terdapat tingkah laku dalam talian yang mencurigakan seperti aktiviti following dan post gambar-gambar dan kenyataan yang bercirikan keganasan

Namun, sebagai contoh, jika mereka telah  mempamerkan bahan yang disyaki di Facebook atau mengikuti akaun golongan extremist di Twitter atau Instagram mereka mungkin perlu menjawab soalan tambahan.

Peraturan visa yang lebih ketat juga berlaku selepas pentadbiran AS mengharamkan pengembara dari beberapa lapangan terbang di negara-negara Islam daripada menggunakan komputer riba dalam penerbangan.

Ini berlaku selepas agensi perisikan dikatakan telah menemui bukti bahawa golongan pelampau Islam telah menyempurnakan teknologi untuk menyembunyikan bom dalam  komputer yang berfungsi.

Ancaman Golongan Pelampau

Manakala White House, pada Khamis lepas meminta Mahkamah Agung Amerika Syarikat untuk mengembalikan semula larangan sementara terhadap pengembara dari enam negara walaupun terdapat halangan berulang di mahkamah rendah.

Ia menggesa mahkamah untuk membuat keputusan mengenai kedudukan undang-undang arahan Trump, membuat rayuan ke atas keputusan oleh persekutuan Mahkamah Rayuan Litar Keempat yang menghalang pengharaman itu.

Ia juga meminta Mahkamah Agung untuk meminda satu lagi injunksi yang dikenakan terhadap seluruh AS, dikeluarkan oleh seorang hakim persekutuan yang berpangkalan di Hawaii.

Jurucakap Jabatan Kehakiman, Sarah Isgur Flores kata Rumah Putih percaya perintah itu adalah sah, walaupun terdapat dakwaan yang mengatakan  ia menyasarkan orang Islam yang melanggar kebebasan Amerika Syarikat.

“Presiden Trump tidak perlu membenarkan kemasukan individu dari negara-negara yang menaja atau memberi perlindungan terhadap keganasan,” tegas beliau.

Trump pada bulan Januari lalu, telah mengumumkan larangan perjalanan awal beliau,yang mengharamkan kemasukan pada peringkat antarabangsa bagi warga dari tujuh negara untuk 90 hari dan telah menggantung program pelarian negara untuk 120 hari.

Selepas sebuah hujung minggu yang penuh dengan kekecohan di lapangan terbang dan konsulat apabila pengembara dan pegawai bergelut untuk menyesuaikan diri dengan peraturan baru tersebut, mahkamah US campur tangan dan menghentikan arahan tersebut.

Tindakan ini mengundang kemarahan banyak pihak

Trump, dengan penuh yakin semasa kempen beliau mengatakan akan mengenakan “pengharaman secara menyeluruh” pada pembara Islam, menegaskan bahawa langkah itu adalah berdasarkan kebimbangan keselamatan yang sah.

Perintah eksekutif tersebut telah dipinda Mac lalu, bertujuan untuk menangani kebimbangan yang dibangkitkan oleh hakim-hakim persekutuan. Ia telah mengeluarkan Iraq dari senarai tersebut dan mengalihkan larangan terhadap pelarian Syria.

Tetapi perintah baru juga dikritik secara meluas oleh aktivis hak asasi pendatang dan ahli-ahli perlembagaan.

Sumber: The Sun

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker