AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Macedonia Bentuk Kerajaan Baharu 6 Bulan Lepas Pilihan Raya

Selepas menghadapi kebuntuan politik selama enam bulan, parlimen negara Macedonia pada hari Rabu akhirnya memilih kerajaan campuran baharu yang diketuai oleh parti Demokrat Sosial.

Menurut Perdana Menteri baharu, Zoran Zaev, beliau berikrar untuk memacu pertumbuhan ekonomi, mengakhiri gejala rasuah dan bergabung dengan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Kesatuan Eropah (EU).

“Matlamat kami adalah menjadi anggota EU dan NATO dalam masa yang paling terdekat.

“Saya akan menjadi seorang perdana menteri yang berkhidmat untuk semua orang,” kata beliau sambil mengumumkan pentadbirannya sebagai kerajaan Eropah yang bertanggungjawab dan reformis.

Memetik laporan portal berita Politico, Zaev berjaya memebentuk gabungan dengan parti etnik Albania selepas pilihan raya pada bulan Disember lalu.

Parti Albania yang mempunyai 8 daripada 25 orang menteri dalam kerajaan baharu itu menuntut supaya bahasa Albania dijadikan bahasa rasmi kedua Mancedonia  memandangkan 1/4 daripada 2 juta populasi rakyat negara itu adalah etnik Albania.

Namun pada bulan Mac tahun ini, presiden Macedonia dari parti Nasionalis VMRO-DPMNE, enggan membenarkan Zaev untuk membentuk kerajaan dengan menyatakan bahawa gabungan itu akan memberi terlalu banyak hak kepada golongan minoriti Albania.

Tetapi, para penyokong Zaef turut menuduh presiden melindungi VMRO-DPMNE daripada didakwa atas kesalahan jenayah selepas satu rakaman suara yang bocor menunjukkan parti itu terlibat dalam rasuah dan kegiatan pengawasan haram sewaktu mereka memerintah.

Walau bagaimanapun, presiden akhirnya memutuskan untuk memberi kebenaran kepada Zaev pada bulan lepas untuk membentuk kerajaan selepas menerima tekanan dari pihak antarabangsa.

Sumber: Politico EU, France 24
Show More

Related Articles

Back to top button