AntarabangsaIsu Semasa

Cuti Khas Untuk Kakitangan Wanita Datang Bulan?

Pernahkah anda terdengar mana-mana syarikat yang memberikan cuti khas kepada kakitangan wanita yang datang bulan? Percaya atau tidak, polisi ini benar-benar wujud di sebuah syarikat di Britain.

Polisi cuti bersalin merupakan satu dasar yang dipraktikkan oleh setiap syarikat serta agensi di sektor awam dan juga swasta kepada kakitangan yang baru sahaja melahirkan cahaya mata.

Syarikat bernama Coexist memperkenalkan polisi ini kepada kakitangan wanita, di mana mereka diberi cuti istimewa ketika datang bulan.

Ia juga tidak dikira sebagai cuti sakit dan melalui ini, syarikat berkenaan berharap agar inisiatif ini dapat meningkatkan lagi produktiviti dikalangan wanita dalam tempat kerja.

“Saya telah menguruskan ramai kakitangan wanita sejak beberapa tahun dan saya melihat mereka terpaksa berdepan dengan kesakitan ketika datang bulan,” kata Pengarah Coexist, berusia 40 tahun, Bex Baxter.

Namun begitu, kakitangan wanita selalunya tidak mengambil cuti sakit kerana menganggap diri mereka tidak dalam kesakitan.

“Ini adalah tidak adil. Di Coexist, kami amat memahami dan jika sesiapa berasa sakit tidak kira apa jenis penyakit, kami menggalakkan mereka untuk pulang ke rumah,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Metro.uk.

Bex turut menambah bahawa pihaknya berhasrat supaya polisi ini mendapat pengiktirafan bagi membolehkan wanita untuk melalui fitrah semulajadi ini tanpa melabelkan mereka sebagai sakit.

Sumber: Sinar Harian
Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close