AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Trump Langgar Protokol, Beri Nombor Telefon Peribadi Kepada Pemimpin Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah memberi nombor telefon bimbit peribadinya kepada pemimpin-pemimpin dunia dan menggesa mereka untuk menghubungi beliau secara terus.

Perbuatan itu dikatakan melanggar protokol diplomatik dan mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan dan kerahsiaan komunikasi pemimpin Rumah Putih itu.

Pegawai-pegawai AS yang mengetahui perkara itu mendedahkan Trump menggesa pemimpin Kanada dan Mexico untuk menghubunginya menerusi telefon bimbit peribadi beliau.

Setakat ini, hanya Perdana Menteri Kanada sahaja yang mengambil peluang terhadap ‘tawaran’ pemimpin Republikan itu.

Pegawai-pegawai Perancis juga menyatakan bahawa Trump telah bertukar-tukar nombor telefon dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron apabila mereka terus berhubung susulan kemenangan Macron dalam Pilihan Raya Presiden awal bulan ini.

Menurut laporan, semua pegawai tersebut meminta supaya nama mereka tidak disiarkan kerana mereka tidak diberi kuasa untuk mendedahkan perbualan itu.

Di dalam dunia moden, tanggapan bahawa pemimpin dunia menghubungi antara satu sama lain menerusi telefon bimbit adalah satu perkara biasa.

Tetapi, di dalam arena diplomatik, tindakan itu adalah pelanggaran protokol bagi seorang presiden yang tidak percaya dengan saluran komunikasi rasmi.

Formaliti yang disiplin diplomasi dilihat sebagai sesuatu yang sukar untuk diikuti oleh Trump. Sebelum menjadi presiden, Trump amat mudah untuk diakses menerusi telefon bimbit dan beliau menganggap dirinya sebagai seorang perunding yang bebas dan impulsif.

Pada kebiasaannya, presiden akan membuat panggilan telefon menerusi salah satu daripada beberapa talian telefon yang selamat dan ini termasuk beberapa lokasi seperti Bilik Situasi di Rumah Putih, Pejabat Oval, atau limosin.

“Jika anda bercakap menggunakan talian terbuka, jadi ia sememangnya adalah talian terbuka,” kata bekas penasihat Pentagon dan pegawai Majlis Keselamatan Negara, Derek Chollet.

Malah, sekiranya Trump menggunakan telefon bimbit kerajaan sekali pun, perbualannya tetap terdedah dan berisiko untuk ‘dicuri dengar’ oleh pihak lain, terutamanya kerajaan-kerajaan luar.

“Jika seseorang sedang cuba untuk mengintip anda, jadi segala yang anda katakan, anda perlu menganggap bahawa orang lain sedang mendengarnya,” tambah Chollet.

Sumber: South China Morning Post
Show More

Related Articles

Back to top button