AntarabangsaIsu Semasa

New Zealand Membiayai Pembinaan Sekolah Untuk Pelarian Syria

New Zealand akan membiayai pembinaan sebuah sekolah baru untuk pelarian kanak-kanak Syria yang berada di selatan timur Turki sebahagian daripada program bantuan kemanusiaan mereka.

Berdasarkan sepucuk surat yang ditulis oleh duta New Zealand ke Turki, Jonathan Andrew Curr, negaranya menderma 1.28 juta dolar New Zealand (kira-kira AS$900,000) untuk pembinaan sebuah sekolah dilengkapi dengan 23 bilik darjah di bilayah Sanliurfa.

Dana itu juga akan digunakan untuk barangan keperluan seperti papan tulis, kerusi, meja, sistem pemanas dan penyejuk, serta reka bentuk landskap.

Menurut laporan, Kementerian Pelajaran Turki akan menjadi pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan proses pembinaan sekolah itu secara menyeluruh, daripada memilih lokasi sehingga menganjurkan majlis perasmian.

Syria telah dibelenggu perang saudara sejak awal tahun 2011 apabila rejim Bashar al-Assad bertindak keras terhadap protes pro-demokrasi, yang tercetus sebahagian daripada “Arab Spring” (Kebangkitan Dunia Arab), dengan keganasan yang tidak dijangka.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa sejak peristiwa itu, lebih daripada 250,000 orang telah terkorban dan lebih 10 juta penduduk menjadi pelarian di seluruh negara yang bergolak itu.

Kini, Turki telah mengambil kira-kira 3 juta pelarian Syria, lebih daripada mana-mana negara di dunia ini.

Negara itu telah membelanjakan sekitar AS$25 bilion untuk membantu dan memberi perlindungan kepada pelarian sejak peperangan di Syria mula tercetus.

Sumber: Anadolu Agency
Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker