AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Rakyat Israel Sokong Penubuhan Negara Palestin

Dua hari lepas (Sabtu), ribuan rakyat Israel berhimpun di Tel Aviv bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap penubuhan sebuah negara Palestin sebelum ulang tahun ke-50 pencerobohan haram Israel di tanah Palestin.

Dalam demonstrasi yang dianjurkan para penyokong negara Palestin itu, mereka memegang kain rentang (banner) yang bertulis “Dua Negara, Satu Harapan”, dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Israel, Peace Now, turut terlibat sama.

Menurut ketua Peace Now, Avi Buskila, perhimpunan itu adalah untuk membantah “kerajaan yang tidak menawarkan harapan yang terus mengekalkan dasar pencerobohan, keganasan dan perkauman.”

“Masanya telah tiba untuk membuktikan kepada rakyat Israel, Palestin dan seluruh dunia bahawa sebahagian penting penduduk Israel membantah pencerobohan dan ingin penyelesaian dua-negara,” kata Buskila.

Dalam pada itu, mesej sokongan daripada presiden Palestin, Mahmud Abbas turut dibacakan di perhimpunan tersebut.

Di dalam mesej tersebut, Abbas menyatakan bahawa sudah tiba masanya untuk hidup bersama dalam keadaan harmoni, selamat dan stabil.

“Tugas kita terhadap generasi masa depan adalah untuk mencapai persetujuan keamanan,” Abbas dipetik sebagai berkata.

Demonstrasi itu turut dihadiri oleh ketua parti pembangkang Buruh Israel, Isaac Herzog, di mana beliau menyatakan sokongannya disebalik penyelesaian dua negara terhadap konflik Israel-Palestin yang telah lama berlarutan.

Menurut laporan, Israel telah menceroboh dan merampas Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis dari Jordan ketika Perang Enam Hari (Six-Day War) bersama negara-negara jiran.

Kemudian, Israel mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu kota bersatunya, sementara Palestin mendakwa bahagian timur bandar itu sebagai ibu kota mereka pada masa akan datang.

Lebih daripada 400,000 penduduk Israel menjadikan penempatan di Tebing Barat sebagai tempat kediaman mereka.

Mengikut undang-undang antarabangsa, penempatan itu tidak sah dan ia juga adalah penghalang terbesar terhadap keamanan di Timur Tengah.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu juga dilihat sebagai pentadbiran yang paling berhaluan kanan dalam sejarah Israel, di mana mereka menekan untuk meluaskan penempatan haram itu walaupun ia secara terang melanggar undang-undang antarabangsa.

Sumber: France 24

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker