AntarabangsaIsu Semasa

Ka’abah “Pemandangan Paling Indah Saya Pernah Lihat” – Paul Pogba

Pemain bola sepak Perancis dan bintang kelab Manchester United, Paul Pogba, melawat Arab Saudi pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk menunaikan ibadah Umrah.

Menurut laporan, beliau tiba di sana pada hari Sabtu, iaitu 3 hari selepas membawa kemenangan kepada Manchester di dalam Liga Eropah di Stockholm dengan menewaskan AFC Ajax.

Pogba memuat naik satu video di laman Instagram peribadinya yang menunjukkan beliau memusingkan bagasi di luar kediamannya di Manchester sambil memberi pesanan: “dalam perjalanan untuk pergi, terima kasih untuk musim ini. Jumpa lagi Manchester! Dalam perjalanan untuk melakukan ibadah,” katanya.

Pemain termahal di dunia itu juga dilihat memuji Allah S.W.T di Makkah dalam sebuah video yang menular di akaun Facebook dan Instagramnya, di mana beliau sedang menunaikan Umrah dengan memakai ihram semasa sedang solat tarawikh.

“Ramadan Kareem, Bon Ramadan #makkah #blessed,” tulis Pogba di pos Instagramnya.

Dalam pada itu, Pogba menyifatkan Masjidil Haram dan Ka’bah sebagai pemandangan paling indah yang pernah dilihat dalam hidupnya.

Sumber: Instagram Paul Pogba

“Most beautiful thing I’ve seen in my life,” katanya di laman Instagram.

Difahamkan, ini bukan kali pertama beliau pergi ke tanah suci Makkah. Sebelum ini, Pogba juga pernah menunaikan ibadah Haji.

Selain itu, beberapa jemaah umrah yang ‘bertuah’ sempat berhenti dan mengambil swafoto bersamanya.

Ramai orang memberi reaksi positif terhadap pos Pogba di media sosial kerana beliau bukan seorang selebriti yang hanya mengejar kekayaan dunia, tetapi juga sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim.

Dalam peringkat antarabangsa dalam kategori bawah umur 20 tahun, beliau sebagai kapten dalam pasukan bola sepak Perancis telah membawa kemenangan kepada negaranya itu pada Piala Dunia FIFA 2013 dan membawa pulang anugerah Pemain Terbaik di atas prestasinya ketika perlawanan itu.

Pada tahun itu juga, Pogba membuat penampilan pertama beliau untuk pasukan kebangsaan senior Perancis dan menang 3-1 menentang Georgia.

Kemudian, beliau turut menjaringkan gol pertamanya dalam Piala Dunia pada 30 Jun 2014 dalam perlawanan menentang Nigeria.

Sumber: Arab News

 

Show More

Related Articles

Back to top button