Bisnes & Ekonomi

Colin Ng: Goldis Berhad – Pelaburan Dan Kehidupan

Colin Ng, Ketua pegawai pelaburan, firma ekuti swasta, Goldis Bhd. yang merupakan syarikat pelaburan dengan pelaburan ekuiti swasta di Malaysia dan China. Ia memberi fokus kepada sains hayat, rawatan air, teknologi maklumat dan komunikasi, serta akuakultur organik. Selain itu, Goldis Bhd juga sedang merapatkan jurang yang ada dalam sistem pendidikan Malaysia. Goldis Berhad mempunyai nilai aset sebanyak RM 1.75 billion (setakat April 2012).

Salah satu kejayaan Goldis ialah apabila mereka membina bangunan yang diperakui hijau (mesra alam sekitar)  yang pertama di Malaysia, sebelum terdapatnya tetapan piawaian  dari Malaysia lagi. GTower merupakan pemangkin bagi industri hartanah Malaysia untuk tertarik ke arah bangunan yang lebih mampan.

Colin Ng, ketua pegawai pelaburan Goldis Bhd.

Encik Colin Ng memegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti RMIT (Melbourne), Diploma Siswazah dalam Kewangan dari Universiti Melbourne (Melbourne) dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Monash (Melbourne). Beliau juga merupakan penerima anugerah Pelajar Terbaik Institut Pengurusan Malaysia (MIM) pada tahun 2002 dan juga pemenang anugerah pelajar MBA terbaik Organisasi Pengurusan Australia-Asia (AAMO) pada tahun 2002.

Inilah pendapat seorang ahli perniagaan yang berjaya untuk dijadikan inspirasi kepada diri anda..

Apa ciri-ciri yang dicari di dalam seseorang atau bagaimana anda membuat keputusan yang tepat siapa yang sesuai untuk kerja tersebut?

Keupayaan untuk berdikari apabila bekerja, keupayaan untuk mencari penyelesaian dan mempunyai keinginan tersendiri untuk  berkembang dan belajar. Apabila seseorang itu memilih untuk belajar, saya lebih cenderung untuk memberi  lebih banyak peluang pertumbuhan kerjaya  kepadanya.

Bagaimana rasanya industri pelaburan akan berkembang pada masa akan datang?

Sektor hartanah telahpun berkembang dan akan terus berkembang dengan banyak konsep baru dan produk inovatif di pasaran

Ekuiti swasta / urusan pelaburan baru di Malaysia adalah agak terhad dan untuk kebanyakan perkara, saya merasa tawaran ini agak kurang memberangsangkan. Saya berharap idea-idea baru dan perniagaan baru boleh bercambah dari Malaysia, ini boleh menjadi pengubah keadaan di peringkat global

Dunia kini bergerak pada kelajuan, kita harus mengikuti perkembangan trend dan teknologi yang sentiasa  berkembang. Walaupun begitu, trend baru juga boleh luput dengan cepat.

Nasihat bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan kerjaya / mereka sendiri?

Saya mencari banyak anak-anak muda yang ingin memulakan perniagaan mereka sendiri atau telah memulakan perniagaan sendiri. Nasihat saya adalah untuk mendapatkan pengalaman dahulu sebelum memulakan kerja terhadapidea-idea baru. Hanya dengan pengalaman, anda boleh mempunyai asas yang kukuh untuk membina sebuah perniagaan baru.

Bagaimana kehadiran mentor memberi kesan  pada  kehidupan profesional anda?

Bimbingan keluarga (sebagai mentor) memainkan peranan yang penting dalam keseluruhan hidup saya. etika kerja / hidup di tanam dalam diri  saya sejak muda lagi oleh keluarga saya. Dalam kehidupan profesional saya, beberapa orang mentor  telah memainkan peranan penting dalam membentuk siapa saya. Iaitu pencapaian Datuk Tan Chin Nam (IGB Corp Bhd) dan Pengerusi saya Tan Lei Cheng

Saya belajar untuk tidak pernah meneka, dari Chin Nam.  Dari Lei Cheng, saya belajar untuk sentiasa berfikiran lebih jauh ke hadapan.

Sebuah nasihat terbaik yang anda pernah dapat mengenai kerjaya anda.

Mungkin dari ibu saya. Dia pernah memberitahu saya “kadang-kadang kau perlu bekerja dua kali ganda lebih banyak untuk menerima pengiktirafan yang sedikit. Sentiasa cuba untuk bekerja dengan lebih bijak”.

Pemimpin perniagaan yang paling dikagumi?  Mengapa?

Warren Buffet untuk sikap rendah diri beliau dan keupayaan yang menakjubkan untuk melabur dalam perkara yang trendy.

Bagaimana anda mengikut perkembangan isu-isu yang memberi kesan kepada industri ini?

Saya mengikut perkembangan dengan memerhatikan trend dalam hartanah di luar negara apabila saya mengembara, menerusi surat khabar, laman web, media social dan hasil terbitan industri. Ia mengecewakan bagaimana  kadang-kadang kita melihat terdapat trend dalam sektor hartanah di luar negara,  namun pihak yang berkuasa meluluskan sesuatu  di Malaysia sedang ketinggalan. Oleh itu, ia menyukarkan kita untuk melancarkan konsep baru, memperbaiki undang-undang yang berkait boleh memakan masa dan menyusahkan untuk dikemudi.

Jika boleh meluangkan satu jam dengan mana-mana pemimpin di dunia, siapa dan mengapa?

Dalai Lama. Walaupun saya merupakan seorang Kristian, saya menghormati apa Dalai Lama tegaskan selama ini. Bersikap rendah diri  dan tegas dalam pekara yang dipercayai terhadap kuasa-kuasa besar.  Dia sentiasa mengatakan bahawa kasih sayang, toleransi dan keamanan, melampaui bangsa, agama, pengaruh politik. “Sebelum kita seorang penganut  Kristian, Buddha, Islam, Yahudi, kita  adalah manusia dahulu. Perkara yang melucukan mengenai hal ini adalah kadang-kadang kita lupa pasalnya.

Ng mengutamakan kepentingan sikap rendah diri,  mengagumi pemikiran Dalai Lama serta menjadikan Warren Buffet sebagai sumber inspirasinya.

Apa cabaran yang paling besar yang pernah dihadapi? Apa yang kamu belajar daripadanya?

Saya terima cabaran. Saya jarang  melihat mereka sebagai halangan, tetapi sebagai peluang untuk belajar dan berkembang.

Apa cadangan perniagaan yang paling aneh yang pernah anda dengar?

Membina sebuah jambatan pulau ke Indonesia

Apa inovasi manusia yang membingungkan anda? Mengapa?

Puma Punku di Bolivia. Sehingga kini, sains tidak dapat memberi penjelasan mengenai tapak dan kejuruteraannya. Malahan pada hari ini, sains tidak boleh menirunya. Bandar-bandar di bawah air, yang ditakdirkan untuk memberi pandangan baru mengenai  sejarah manusia yang sebenar.  Peradaban berusia 10,000 tahun yang ditenggelami beratus-ratus kaki air. Siapa yang menciptanya?  Apa yang berlaku kepada mereka?

Jenama pilihan Malaysia.

AirAsia. Satu jenama global, yang ditubuhkan menerusi visi. Membuat jalan sendiri , bergerak bertentangan dengan norma-norma dan kawalan kerajaan dan mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama global yang menguntungkan.

Buku yang mesti dibaca oleh setiap pemilik perniagaan / pengurus ?

Marketing and strategies formulation. Sebelum terdapat  jualan, perlu ada asas-asas pemasaran

Jangkaan mengenai  dasar perubahan iklim dan bagaimana ia  memberi kesan pada perniagaan- perniagaan pada masa akan datang?

Goldis merupakan syarikat pertama yang telah membina bangunan mesra alam sekitar.

Isu-isu perubahan iklim memberi kesan kepada semua aspek kehidupan dan perniagaan kami dan kerjasama antara syarikat awam dan swasta adalah penting dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan perubahan iklim. Ia bukan sejenis kemewahan, namun dalam masa terdekat merupakan ancaman sebenar kepada kewujudan manusia di muka bumi ini. Untuk penggubalan polisi yang berkesan perlu ada konsensus dari semua pihak berkepentingan, iaitu kerajaan, sektor industri & pengguna.

Tiga faktor yang menyumbang kepada kejayaan anda?

Saya rasa diri saya bodoh dan berusaha untuk belajar  bila-bila di mana-mana sahaja.  Orang yang benar-benar bodoh akan fikir mereka tahu segala-galanya.

Tuhan telah beri kita dua telinga dan satu mulut, oleh itu, kita perlu mendengar dua kali  ganda lebih daripada bercakap.

Jalan yang sukar, sering membawa kepada destinasi yang indah, jadi tabah dalam semua perkara yang dilakukan dan lakukannya dengan baik.

 

Sumber: The Sun DailyIMAPAC & Investment Vine

Show More

Related Articles

Back to top button