AntarabangsaIsu Semasa

Pengganas Sekutu Daesh Ugut Ulama’ Islam Filipina

Sebuah kumpulan pengganas yang mempunyai hubungan dengan Daesh telah mengeluarkan kenyataan yang menggugut ulama’ Muslim di Filipina jika mereka menyokong kempen anti-pengganas yang dilaksanakan oleh kerajaan negara itu.

Laisa Masuhud, setiausaha eksekutif kerajaan Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) berkata, kumpulan itu menghantar e-mel ancaman itu kepada pegawai kerajaan ARMM sebelum persidangan anti-pengganas serantau bermula.

“Kepada mereka yang mempunyai saudara-mara Ulama’, beri amaran kepada ibu bapa, adik beradik dan kanak-kanak supaya tidak menghadiri persidangan tersebut sepanjang jalan atau penghujung (persidangan itu), jangan beritahu kami yang anda tidak diberi amaran,” kata kumpulan pengganas Dawlah Islamiah yang telah bersumpah taat setia kepada Daesh itu.

Kumpulan itu juga mendakwa bahawa Gabenor ARMM, Mujiv Hataman telah menggunakan para Ulama’ untuk agenda peribadinya.

Hataman pernah berkata, keganasan dan masalah berkaitan keselamatan di ARMM telah menjejaskan pertumbuhan ekonomi.

Sokongan dari pemimpin agama juga memainkan peranan penting dalam inisiatif berasaskan komuniti untuk menuju ke arah pembangunan mampan dan menentang keganasan di rantau itu.

Sementara itu, Komander  Tentera Wilayah Mindanao Barat, Lt. Jen. Carlito Galvez Jr. berkata, keselamatan adalah tanggungjawab bersama, di mana perkongsian di antara pihak berkepentingan berlainan, sektor keselamatan, unit kerajaan tempatan, akademi dan sektor agama perlu dikekalkan untuk menghapuskan ancaman pengganas di Selatan Filipina.

Setiausaha Dalaman kerajaan ARMM, Noor Hafizullah turut menegaskan bahawa para pemimpin Muslim Filipina tidak patut gentar dan semua orang perlu bersatu untuk melindungi  masyarakat daripada ancaman tersebut.

Sumber: Anadolu Agency

Show More

Related Articles

Back to top button