Antarabangsa

Gaji ‘Pengemis’ Hampir Sama Dengan Perdana Menteri UK

Menurut laporan, dengan meraih £500 pound dalam satu hari, pendapatan tahunan sebelum cukai, lelaki terbabit berjumlah kira-kira £130,000 (RM589,533), iaitu kurang £12,000  (RM54,418) daripada pendapatan tahunan David Cameron, yang memegang jawatan Perdana Menteri United Kingdom pada waktu itu.

Sejak kebelakangan ini, terdapat pelbagai laporan mengenai golongan yang berpura-pura menjadi ‘gelandangan’ atau ‘peminta sedekah’untuk meraih ‘pendapatan percuma’ daripada orang ramai sedangkan mereka sebenarnya hidup dalam keadaan mewah.

Tahun lepas, (2016), seorang lelaki dilaporkan menjadi peminta sedekah dan memperoleh sebanyak £500  (RM11,300) setiap hari.

Lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu dipercayai hanya berlakon sebagai seorang gelandangan untuk walaupun sebenarnya dia memiliki sebuah rumah yang sederhana.

Menurut Ketua Alam Sekitar dan kaunselor parti Buruh Wolverhampton, Steve Evans, lelaki itu tinggal di sebuah rumah sederhana, tetapi masih berpura-pura untuk menjadi gelandangan semata-mata untuk meraih pendapatan lebih dengan menjadikan orang ramai sebagai ‘mangsanya’.

“Maklumat mengenai pendapatannya yang berjumlah £500 sehari adalah hasil siasatan anggota majlis perbandaran,” katanya.

Ujar Evans lagi, pihaknya sedar bahawa ‘pengemis’ tersebut mempunyai rumah sederhana yang berdaftar, namun dia masih dilihat menjalankan aktiviti mengemis di tengah bandar setiap hari.

Dalam pada itu, beliau juga menyatakan bahawa kebanyakan peminta sedekah di kawasan terbabit bukanlah gelandangan dan tujuan mereka mengemis adalah untuk mendapatkan wang membeli arak semata-mata.

 

Show More

Related Articles

Back to top button