AntarabangsaIsu Semasa

Pengharaman Penjualan Daging Anjing Di Festival Yulin Dog Meat, China

Festival daging anjing terkenal di Yulin, China, telah diharamkan daripada menjual daging anjing.

Walaupun menjadi satu kebiasaan anjing-anjing dimakan di sesetengah tempat di Asia Timur, Festival Dog Meat and Lychee di selatan China adalah agak baru. Festival yang ditubuhkan pada tahun 2010 itu, telah mencetuskan banyak kontroversi dari seluruh dunia. Aktivis haiwan China dan antarabangsa mengutuk perayaan itu yang menyembelih beribu-ribu anjing setiap tahun, yang mana kebanyakannya adalah binatang peliharaan yang telah dicuri ataupun haiwan jalanan.

Asal Usul Dog Meat Festival

Festival ini bermula pada tahun 2010 untuk meraikan solstis musim panas. Penyokong-penyokong dan pemilik-pemilik restoran menyatakan memakan daging anjing  merupakan satu tradisi pada musim panas. Sekitar 10- 20 juta ekor anjing dibunuh setiap tahun untuk mendapatkan daging mereka di China. Walau bagaimanapun, para pengkritik berkata sebenarnya tiada nilai tradisi dalam  festival itu dan sebenarnya telah direka semata-semata untuk mendapatkan wang

Namun begitu, seorang pegawai baru Parti Komunis  mahu mengubah imej bandar  tersebut dan menjadikannya sebuah hab kebudayaan

Penguatkuasaan Baru

Menurut Humane Society International peniaga-peniaga yang melanggar peraturan itu akan dikenakan denda sehingga 100,000 yuan (£ 11.202) serta berhadapan dengan risiko penangkapan oleh pihak berkuasa.

Setelah dilaksanakan, langkah itu akan menjadi satu langkah yang kuat  untuk menentang perdagangan daging anjing di bandar Yulin . Namun begitu, larangan itu dijangkakan  tidak akan dapat menghalang kucing dan haiwan lain daripada dijual di festival tersebut .

Walaupun  kebanyakan orang Cina tidak memakan daging anjing, Festival Yulin telah menjadi tumpuan utama bagi perdagangan daging anjing di negara ini. Setiap tahun, kira-kira 10 juta ekor anjing dan empat juta ekor  kucing disembelih untuk mendapatkan daging mereka di China.

Anggaran 4 juta kucing dibunuh untuk dagingnya di festival ini

Namun akibat  bantahan dari dalam dan luar negara, pihak berkuasa menentang dengan tegas festival itu seterusnya mengurangkan bilangan haiwan yang  disembelih. Tahun lepas, sekatan jalan raya juga telah diperkenal untuk mengawal kemasukan haiwan ke bandar tersebut.

Individu Di Sebalik Pengharaman Daging Anjing

Setiausaha Parti KomunisYulin, yang baru dilantik,  Mo Gong Ming, dikatakan merupakan individu yang bertangungjawab dalam menamatkan perdagangan daging anjing ini. Tindakan ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk membaiki  perhubungan awam  China. “Kami faham tindakan ini adalah keputusan peribadi  ysng diambil oleh Mo,” kata Cik Higgins. “Dia mahu menjadikan Yulin sebuah hab kebudayaan dan festival itu dengan jelas bertentangan dengan idea ini.”

Hampir 52 peratus rakyat China termasuk  penduduk di Yulin, mahu perdagangan daging anjing diharamkan sepenuhnya, dengan hampir 70 peratus mendakwa mereka tidak pernah memakan daging anjing.

cymf
The Lychee and Dog Meat Festival, adalah anjuran orang perseorangan dan pihak swasta. Ia tidak disokong secara rasmi oleh kerajaan China, sama ada di peringkat tempatan atau kebangsaan. Terdapat pelbagai pendapat mengenai perkara ini , ada yang menyokong kehadiran pelawat dari luar dan ada yang  merungut bahawa ia memberikan kawasan mereka reputasi yang buruk.

“Ia sebuah perkara yang  memalukan bahawa  dunia percaya Festival Yulin yang kejam itu  merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat Cina,” kata Qin Xiaona, pengarah Persatuan Kebajikan Haiwan Kota yang menaja kaji selidik tersebut, dalam satu temu bual bersama Xinhua. Festival itu bukannya budaya masyarakat Cina”, katanya lagi

Sumber: National Geographic & The Independent

Show More

Related Articles

Back to top button