Bisnes & Ekonomi

Jack Ma Paling Kaya Di China

Jack Ma, Pengerusi Alibaba Group, telah mengambil alih kedudukan bos kepada Dalian Wanda, Wang Jianlin menjadikannya orang terkaya di China.

Jack Ma vs Wang Jianlin

Sehingga Khamis lepas, Ma mempunyai nilai bersih sebanyak AS $ 31 bilion, sedikit sahaja melebihi Wang yang mempunyai nilai bersih sebanyak AS $ 30.8 bilion. Dari hartanah ke bidang hiburan, Wang merupakan pemilik rangkaian pawagam terbesar di dunia, AMC Entertainment dan merupakan pemaju hartanah swasta yang terbesar di China, menurut Forbes.

Kedudukan Wang Jianlin sebagai individu terkaya di China diambil oleh Jack Ma

Kekayaan hartawan teknologi itu, dirangsang oleh peningkatan kukuh  harga saham  Alibaba, yang telah meningkat 37 peratus setakat ini tahun ini. Alibaba juga memiliki South China Morning Post.

Pony Ma Huateng -Usahawan Internet

Namun begitu, terdapat seorang lagi pesaing bagi kedua-dua usahawan ini untuk menjadi yang paling kaya di China,  Pengerusi Tencent Holding,  Pony Ma Huateng, 45, merupakan seorang usahawan dalam bidang internet. Kekayaan beliau banyak menerima rangsangan daripada aplikasi mesej dan sistem pembayaran mudah alih popular di China, WeChat.

Pony Ma Pengasas WeChat

Hanya beberapa hari yang lalu, stok Tencent telah mengalami peningkatan harga yang kukuh bagi suku pertama pendapatan iaitu penambahan sebanyak US $ 1.2 bilion kepada nilai bersih Pony Ma – cukup untuk membantunya mengatasi kedudukan Wang.

Kekayaan usahawan  teknologi yang berpangkalan di Shenzhen itu  kini mencecah US $ 30.9 bilion, hanya AS $ 100 juta kurang daripada kekayaan pengerusi dan pengasas Alibaba.

Jack Ma dan Wang sentiasa dalam persaingan yang sengit untuk gelaran orang terkaya China sejak tahun 2014, apabila saham Alibaba tersenarai secara umum di New York. Tawaran umum pada permulaannya adalah yang paling besar yang pernah dialami dunia dengan mengumpul sebanyak AS $ 25 bilion, dan melonjakkan bekas guru bahasa Inggeris  itu ke kedudukan paling atas bagi ahli perniagaan elit di dunia.

Mengenai Jack Ma

Ahli perniagaan berusia 52 tahun itu kini mengambil kedudukan ke-21 di dalam senarai orang paling kaya di dunia menurut Forbes. Empayar perniagaannya telah berkembang melangkaui bidang e-dagang iaitu menerusi Alibaba Pictures ia sedang berkembang ke sektor pembikinan filem, menerusi Ant Financial ia sedang berkembang ke perkhidmatan kewangan. Ia juga sedang berkembang dalam sektor media menerusi The Post dan online streaming menerusi Youku Tudou.

Jack Ma ke 21 paling kaya di dunia

Ma, yang berasal  dari Hangzhou, mengasaskan Alibaba pada tahun 1999 sebuah zaman di mana mempunyai sebuah komputer desktop di rumah dianggap sebagai sejenis kemewahan di China dan membeli-belah secara dalam talian adalah hampir tidak dapat dibayangkan bagi kebanyakan orang.

Sektor Filem Dunia Terhenti

Walaupun sektor teknologi di negara ini terus berkembang, peningkatan yang pesat ke sektor pasaran filem di dunia sedang terhenti seketika, dengan perolehan box office untuk tahun 2016 hanya mencapai hamper  3.73 peratus. Hal ini telah memberikan tekanan kepada syarikat-syarikat sampingan yang dimiliki  Wang, termasuk rantaian teater terbesar China,  Wanda Cinemas  dan Hollywood Studio Lagendary Pictures.

Sumber: New Straits Times

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker