AntarabangsaIsu Semasa

Teksi Senyap Tokyo Beri Privasi Kepada Penumpang

Sebuah syarikat teksi di Tokyo menyelesaikan masalah pemandu ‘mulut becok’ yang selalu mengganggu penumpang kerana bercakap banyak.

Miyako Taxi Co menetapkan larangan terhadap semua pemandunya daripada bercakap dengan penumpang mereka dengan memperkenalkan perkhidmatan itu sebagai “teksi senyap”.

Pemandu teksi Miyako perlu membisu sebaik sahaja mendapat tahu destinasi yang ingin dituju penumpang, melainkan diarahkan untuk bercakap.

 Image result for kyoto silent taxi japan

Perkhidmatan teksi senyap ini telah dimulakan pada 21 Mac lalu dengan penglibatan lima buah teksi. Pihak syarikat mendapat banyak maklum balas positif daripada para pelanggan, secara individu mahupun di laman web.

Terdapat segelintir pelanggan yang benar-benar mahukan suasana senyap sebaik sahaja mereka menaiki teksi. Pelanggan biasanya malas untuk melakukan sebarang perbualan ketika berada di dalam teksi. Kebanyakan penumpang teksi lebih suka berdiam atau bermain telefon bimbit.

Setelah beroperasi, pihak syarikat mendapati ‘teksi senyap’ ini menjadi popular di kalangan belia yang bekerja. Mereka menyukainya mungkin disebabkan keletihan selepas waktu kerja.

Sumber: Japantimes

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button