AntarabangsaIsu Semasa

Wanita Lebih Cenderung Jatuh Miskin Selepas Bersara

Golongan wanita di Amerika Syarikat adalah 80% lebih cenderung untuk jatuh miskin selepas bersara berbanding dengan lelaki.

Menurut kajian, hal ini adalah kerana wanita meraih pendapatan yang kurang daripada kaum lelaki dalam pekerjaan dan juga sering meluangkan masa bersama keluarga. Namun begitu, jangka hayat wanita juga dikatakan lebih panjang berbanding lelaki.

Pendapatan untuk wanita berusia 65 ke atas selalunya 25% lagi rendah daripada pendapatan lelaki yang sama umur, kata National Institut on Retirement Security (NIRS).

Sehubungan itu, laporan menunjukkan bahawa pendapatan lelaki adalah 44% lebih daripada pendapatan wanita pada usia 80 atau lebih, menurut NIRS.

“Oleh kerana wanita yang berusia 65 tahun ke atas adalah 80% lebih cenderung daripada lelaki untuk jatuh miskin semasa tahun-tahun persaraan mereka adalah satu perkara yang tragik,” kata Diane Oakley, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Tidak Berasaskan Keuntungan NIRS.

Menganalisis data Census Bureau Amerika Syarikat, penyelidik mendapati bahawa wanita berumur 75 hingga 79 tahun adalah tiga kali lebih cenderung untuk hidup dalam kemiskinan dan wanita janda mempunyai kemungkinan lebih dua kali ganda untuk hidup dalam kemiskinan berbanding lelaki duda.

“Wanita mengalami kekurangan dari segi kewangan kerana kami masih meraih pendapatan kurang daripada lelaki dan sering mengambil masa untuk menjaga keluarga,” ujarnya.

Oakley turut menambah bahawa kedua-dua faktor tersebut mengurangkan kemampuan wanita bagi membuat persediaan untuk persaraan mereka.

Oleh kerana wanita mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding lelaki, mereka juga harus mempunyai kewangan yang stabil bagi menampung kehidupan seharian selepas bersara.

Sumber: NST

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker