AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Pemulihan Ekonomi Tumpuan Utama Pilihan Raya Iran

Hari ini, rakyat Iran keluar mengundi untuk pilihan raya presiden negara itu untuk menentukan sama ada Presiden Hassan Rouhani, 68, akan kekal sebagai pemimpin atau sebaliknya.

Rouhani, seorang presiden yang berhaluan sederhana, berharap supaya kesemua 56 juta orang yang layak mengundi akan menyokong dasarnya untuk membawa Iran ke mata dunia selain daripada memulihkan ekonomi negara itu yang telah lama merosot.

Tetapi, beliau menghadapi persaingan hebat kerana pesaing utamanya, Ebrhaim Raisi yang berusia 56 tahun, berikrar untuk memperjuangkan golongan miskin dan ingin menetapkan dasar yang lebih keras terhadap negara Barat.

Namun, selain daripada hal ekonomi, antara isu yang diberi perhatian dalam pilihan raya kali ini adalah masa depan hubungan Iran bersama negara lain di dunia, terutamanya Amerika Syarikat.

“Satu keputusan yang salah oleh presiden bermakna peperangan dan keputusan yang betul bermakna keamanan,” kata Rouhani.

Wang Iran (Iranian Rial) – Sumber: www.worldpolicy.org

Buat masa ini, beliau amat lega apabila pentadbiran Presiden AS, Donald Trump bersetuju untuk kekal dengan perjanjian nuklear yang diwujudkan pada tahun 2015.

Walau bagaimanapun, Trump juga melawat Arab Saudi, ‘musuh’ utama Iran dan meminta agar negara itu menyemak semula perjanjian nuklear berkontroversi itu.

Beliau juga berikrar untuk berusaha membatalkan sekatan-sekatan yang dikenakan terhadap Iran oleh AS, namun usaha ini sebenarnya amat bergantung pada kerjasama Donald Trump.

Bagi Raisi pula, beliau akan menyokong tawaran perjanjian nuklear tersebut yang mengehadkan penghasilan uranium sebagai pertukaran kepada penamatan beberapa sekatan ekonomi, tetapi tidak bersetuju dengan cara  Rouhani yang terlalu “diplomatik”.

Sejak Rouhani dilantik menjadi presiden pada 2013, inflasi ekonomi telah menurun kira-kira 40%, tetapi kadar pengangguran dalam kalangan belia berada pada tahap yang membimbangkan, iaitu 30%.

Selain itu, Raisi, sebagai seorang profesor undang-undang dan bekas pendakwa raya, berjanji untuk meningkatkan bantuan wang tunai kepada orang miskin sebanyak tiga kali ganda.

Beliau juga mendakwa bahawa kemerosotan ekonomi berterusan di negara itu melambangkan bukti kegagalan usaha diplomatik yang dilakukan oleh Rouhani.

Sumber: Sky News
Show More

Related Articles

Back to top button