Gaya Hidup

5 Tips Selesaikan Konflik Rumah Tangga

“Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.” Dalam sesebuah perkahwinan, ia menjadi impian setiap pasangan untuk memiliki hubungan rumah tangga yang aman dan bahagia, lebih-lebih lagi jika kita bernikah bersama pasangan pilihan hati yang mengenali dan memahami keseluruhan diri kita luar dalam.

Tetapi, dengan adanya kebahagian, dugaan serta konflik pasti akan menyusul bersama.

Gambar sekadar hiasan

Istilah ‘happily ever after’ hanya wujud di dalam kisah-kisah ‘fairytale’. Ia adalah sebahagian daripada lumrah kehidupan, di mana setiap institusi keluarga akan menghadapi konflik atas faktor-faktor seperti masalah kewangan, kecemburuan, bercanggah pendapat atas sesuatu perkara, masalah anak-anak dan sebagainya.

Konflik boleh memberi impak yang positif ataupun sebaliknya bergantung kepada bagaimana seseorang itu mengendalikannya.

Tidak kira apa masalah sekali pun yang melanda, ia haruslah diatasi dengan cara yang bijak dan berhemah. Sesetengah konflik yang berlaku mampu menguatkan lagi hubungan dalam keluarga, tetapi ada juga yang lagi memburukkan keadaan kerana tidak ditangani dengan cara yang betul.

Dalam ruangan ini, kami kongsikan beberapa tips untuk menyelesaikan konflik perkahwinan dengan cara yang rasional.

1. TENANGKAN DIRI DAN FIKIRAN

Gambar sekadar hiasan

Untuk mengendalikan sesuatu konflik, anda harus memastikan diri serta fikiran anda berada dalam keadaan yang tenang dan stabil terlebih dahulu.

Sekiranya anda mengendalikan sesuatu konflik itu dalam keadaan yang marah atau mengikut emosi, ia hanya akan memburukkan lagi keadaan dan masalah tidak akan selesai.

2. DENGAR PENJELASAN/PANDANGAN PASANGAN

Gambar sekadar hiasan

Ini adalah antara elemen yang terpenting dalam mengendalikan sesuatu konflik. Setiap pandangan yang diketengahkan oleh kedua-dua pihak memainkan peranan penting dan harus diambil kira.

Anda harus mendengar dan peluang kepada pasangan untuk bersuara kerana jika tidak, anda akan dilihat sebagai seorang yang ‘selfish’.

Pandangannya juga mungkin boleh menjadi solusi kepada konflik tersebut. Ketika itu, peranan anda adalah memastikan sesi perbincangan tersebut berada dalam keadaan yang terkawal.

3. CAKAP DENGAN NADA SOPAN

Gambar sekadar hiasan

Kalau pasangan anda api, anda haruslah jadi air dan sama juga untuk sebaliknya.

Jangan ditambah lagi arang dekat api yang sudah marak. Dekati pasangan anda dengan sopan dan lemah lembut. Dia akan lebih mudah untuk menerima dan memahami mesej yang ingin disampaikan.

Kalau cara pendekatan pun dah salah, memang akan tercetus pergaduhan besar dan konflik akan berterusan tanpa penghujung.

4. JANGAN TUKAR TOPIK

Gambar sekadar hiasan

Ini sering berlaku apabila salah seorang daripada anda merasa kalah ketika sedang berbalah. Sekiranya masalah itu berkaitan dengan kewangan, pastikan hanya hal-hal kewangan sahaja yang dibincangkan.

Jangan tambah-tambah topik lain yang tidak berkaitan dengan perbincangan. Kalau tersilap kaitkan topik lain nanti, takut konflik baru pula yang akan muncul sedangkan konflik yang dibincangkan pun masih belum selesai.

5. CARI JALAN PENYELESAIAN

solutions
Gambar sekadar hiasan

Tujuan perbincangan adalah untuk menyelesaikan masalah. Oleh itu, anda dan pasangan harus fokus dalam mencari jalan penyelesaian.

Tiada sesiapa yang inginkan sesuatu konflik atau masalah itu berpanjangan lama. Elakkan daripada bertengkar ketika perbincangan kerana ia tidak akan mendatangkan apa-apa hasil.

Pastikan segala luahan dan pandangan adalah berlandaskan fakta dan pemikiran rasional. Kalau buat banyak perbincangan sekali pun, ia tidak akan dapat selesai sekiranya kedua-dua pihak hanya mahu ‘menghentam’ antara satu sama lain.

 

Show More

Related Articles

Back to top button