Bisnes & Ekonomi

Air Asia Meterai Usahasama Dengan China

Perjanjian telah termeterai antara AirAsia dan China Everbright Group, sebuah konglomerat perkhidmatan kewangan yang merupakan pemegang saham utama bagi China Aircraft Leasing Group Holdings Ltd, dan Henan Government Working Group.

Impian Bertahun-tahun Lamanya

Tan Sri Tony Fernandes mempunyai alasan yang hebat untuk tersenyum, kerana sejak 10 tahun lalu beliau mempunyai impian untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan kos rendah di China, dan nampaknya impian ini sudah tercapai.

CEO Air Asia Tony Fernandes

“Kini, kami telah memperoleh hak untuk bergelar AirAsia (di China),” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia tersebut.

Perjanjian dibuat antara Air Asia dan China Everbright Group

Rancangannya adalah untuk menubuhkan AirAsia China yang akan berpangkalan di Zhengzhou, ibu kota Henan, untuk penerbangan domestik dan antarabangsa. Perjanjian itu juga termasuk pelan untuk menubuhkan pusat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih dan sebuah terminal udara berkos rendah di sana, selain sebuah akademi untuk melatih juruterbang, anak-anak kapal dan jurutera.

“AirAsia merupakan syarikat penerbangan pertama untuk melakukan perkara ini di China. Ini  penting, kerana syarikat tersebut tidak melakukan semua ini. Hakikat bahawa ia sebuah syarikat yang tersenarai antara yang bekerjasama dengan kerajaan,  menunjukkan kerajaan menyokong Air Asia.

China Melengkapkan Laluan Penerbangan Asia

AirAsia mempunyai beberapa usahasama di Asia. Kini China termasuk dalam senarai negara yang terlibat dengan usahasama itu. Menurut Fernandes, China mewakili bahagian akhir yang akan melengkapi AirAsia kerana ia menjadi pelengkap kepada semua wilayah utama di rantau Asia-Pasifik. Liputan AirAsia menjangkau seluruh Asia Pasifik – dari China, Jepun dan Korea Selatan yang terletak di utara ke Australia dan New Zealand yang terletak selatan hingga ke India dan Timur Tengah yang terletak di Barat, dengan Asia Tenggara  di tengah-tengahnya.

Air Asia mengukuhkan lagi kedudukannya di rantau asia dengan menjalankan usahasama dengan Syarikat di China

“AirAsia sedang membina asas yang sangat kukuh  dan sebuah rangkaian yang tidak akan dapat disangkal. Kami  telah melihat kelebihan besar dalam mempunyai rangkaian antarabangsa yang mempunyai hubungan dengan rangkaian domestik, “tambah Fernandes lagi.

Sumber: The Star

Show More

Related Articles

Back to top button