Bisnes & Ekonomi

Prusothman Mencipta Produk Yang Seharusnya Berada Di Pasaran 15 Tahun Lalu

Prusothman Sina Raja, 29 salah seorang pengasas Privi Medical merupakan antara individu yang tersenarai oleh Forbes’ 30 under 30 Asia di bawah kategori Penjagaan Kesihatan dan Sains. Merupakan seorang rakyat Malaysia yang menetap di Singapura, dia pernah menjadi ketua pengawas ketika bersekolah di Methodist Boys Secondary School Kuala Lumpur.

Prusothman Sina Raja seorang warga Malaysia merupakan salah seorang pengasas Privi Medical yang berpengkalan di Singapura

Privi Medical

Privi Medical telah diasaskan pada tahun 2014 serta merupakan syarikat  yang menghasilkan peralatan perubatan transformatif untuk membantu masyarakat menjaga kesihatan mereka. Pada tahun lepas sahaja, mereka telah berjaya mengumpul $1.1 billion jumlah pembiayaan untuk syarikat tersebut.  Antara produk  utama mereka adalah sebuah alat bebas dadah untuk penyakit buasir tahap rendah yang boleh digunakan oleh pesakit di dalam keselesaan rumah mereka.

Penyakit Buasir

Hemorrhoids (ataupun lebih dikenali sebagai ‘buasir’) terdiri daripada pembengkakkan saluran darah di dalam saluran dubur yang berfungsi sebagai kusyen dubur yang membantu dalam mengawal pergerakan dubur. Antara  tanda-tanda yang paling biasa berlaku ialah pendarahan, kesakitan dan dubur terkeluar. Mereka yang meghadapi obesiti, sembelit dan kehamilan mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapatkan tanda-tanda penyakit ini.

Terdapat empat gred buasir, Peringkat  3 dan 4 merupakan tahap yang paling teruk. Walau bagaimanapun, ia boleh dirawat menggunakan prosedur yang menyakitkan yang berkesan seperti melakukan ikatan atau pembedahan. Walau bagaimanapun, buasir  pada peringkat 1 dan 2 buasir kini tidak mempunyai apa-apa penyelesaian yang sesuai.

Rawatan Buasir Yang  Sedia Ada

Pada masa ini, rawatan yang ada termasuk pengurusan konservatif seperti pengubahsuaian gaya hidup, pengunaan ubat-ubatan,  ubat sapu, dan prosedur yang lebih invasif seperti kaedah ikatan, sclerotherapy dan pembedahan (sama ada konvensional atau stapled).

Permulaan Privi Medical

Prusothman bertemu dengan rakan niaganya apabila menjadi felo di program Singapura-Stanford Biodesign Fellowship Office, ia merupakan sebuah usaha sama antara Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A * STAR) bersama Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) dan Universiti Stanford. Program selama setahun ini direka untuk menyatukan empat orang dari latar belakang yang berbeza dan membuat mereka bekerja bersama-sama untuk sebuah projek selama 6 bulan di Stanford dan 6 bulan di Singapura.

Prusothman (tengah) dengan rakan-rakan niaganya Dr Rena Dharmawan (kiri) dan Dr Benjamin Tee. Tiada dalam gambar Dr Cecilia Wang

Program ini adalah tentang mencipta alatan perubatan baru yang memeberi tumpuan kepada keperluan. kerana ia merupakan satu inovasi yang didorong oleh keperluan orang ramai, sebahagian besar dari masa mereka melibatkan mencari yang masalah yang sedia ada dalam bidang tertentu dalam industri perubatan.

Fokus Kepada Saluran Penghadaman

Jadi Prusothman dan pasukannya memilih untuk memberi tumpuan pada gastro-intestinal tract  ia merupakan saluran dari mulut hingga ke dubur. Prusothman dan rakan niaganya mengikuti pasukan pembedahan usus besar di Stanford dan serta sebuah pasukan di NUH, Singapura untuk menilai dan mengenal pasti masalah yang mereka boleh selesaikan.

Selain itu, mereka  juga telah menghabiskan masa selama tiga minggu di hospital Indonesia di mana mereka mengikuti pasukan pembedahan, klinik, doktor, jururawat dan sebagainya.

“Hanya ketika projek itu sudah hampir selesai  kami dapat berfikir  bagaimana kami dapat menyelesaikan masalah yang ada dan mulakan ciptaan kami” menurut Prusothman dan rakan niaganya.

Masalah Buasir Di Peringkat Global

Menurut rakan niaganya, Ben, di Amerika Syarikat terdapat kira-kira 20 juta orang mempunyai buasir manakala di peringkat global, dianggarkan 300 juta orang mengalami masalah ini.

Ia merupakan satu masalah yang sangat besar dan sukar untuk dielakkan dan di uruskan. Ia seperti kebanyakan kita pada satu masa nanti akan mempunyai masalah ini.

Kebanyakan dari kita tidak boleh menghalangnya, malahan tiada cara juga untuk menguruskannya. Itulah apa yang kami cuba untuk selesaikan; cara bagi orang ramai untuk mengawal  tanda-tanda penyakit ini.

Produk kami bukan sejenis ubat yang memulihkan buasir, tetapi produk ini membantu orang ramai supaya mereka boleh menguruskan buasir peringkat 1 dan 2 di rumah sahaja.

Mengenai Produk Ini

Produk ini adalah sesuatu seperti tampon, tetapi untuk  penyakit buasir. Cara menggunakannya hampir sama  kerana ia membantu untuk menghentikan pendarahan. Buat masa ini, tiada cara untuk menangani buasir dalaman kerana tempat ia berlaku sukar untuk mencapai.

Dalam kes ini, apa yang anda perlu lakukan adalah menggunakan produk kami yang mempunyai teknologi yang telah dipatenkan untuk mengurangkan kesakitan. Walaupun ramai orang mengambil ubat untuk mengurangkan kesakitan, ia melibatkan keseluruhan sistem tubuh, yang melibatkan semua bahagian badan hal ini tidak elok untuk wanita hamil.

Penyelesaian yang kami tawarkan tidak berasaskan pengunaan ubat-ubatan dan membantu menghentikan pendarahan yang berlaku di dalam tubuh.

Ujian Klinikal

Mereka memulakan ujian klinikal tidak lama lagi. Ujian awal ini dilakukan untuk membuktikan bahawa ia boleh digunakan untuk meredakan tanda-tanda penyakit ini dan terdapat banyak permintaan di pasaran untuk hal ini.

Untuk jangka panjang mereka berharap untuk membuktikan bahawa terdapat pengembangan keadaan penyakit ini. Namun begitu, rancangan ini adalah untuk masa hadapan kerana kajian ini memerlukan banyak masa untuk dilakukan.

Penjualan Kepada Masyarakat

Visi akhirnya adalah untuk menjualnya di farmasi. Kami berharap produk ini akan berada di pasaran pada tahun 2017.

Kini kami sedang memuktamadkan reka bentuknya. Peringkat seterusnya adalah untuk melaksanakan satu siri kajian untuk mendapatkan data untuk alatan bagi penyakit buasir di Peringkat 2 seperti alatan kami.

Privi Medical mengharapkan produk ini dapat dijual di farmasi-farmasi

Potensi Produk Ini Dipasaran

Ia mempunyai potensi yang amat besar, terutamanya memandangkan bagaimana meluas masalahnya. Salah seorang doktor yang kami temui semasa membuat produk ini berkata, “Produk ini  sudah 15 tahun terlambat untuk memasuki pasaran!”

Salah seorang juri  bagi pertandingan Future Starter Income NTUC, Encik Marcus Chew, Naib Presiden Pemasaran Strategik & Komunikasi NTUC Income telah berkata: “Idea Privi lahir daripada penyelidikan meluas dan bertahap global dan mempunyai potensi tinggi untuk mencapai kejayaan. Pasukan ini mempunyai panel penasihat yang  kuat dan idea yang bukan sahaja mampan malah memainkan impak yang kuat terhadap kebanyakan orang di dunia. Hal ini yang membezakan mereka daripada peserta-peserta lain.

Sumber: Forbes, The Vulcan Post & Biotechin.Asia

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close