Bisnes & Ekonomi

Nadhir Ashafiq: Sebalik Kejayaan TheLorry

Perjalanan TheLorry.com, dari hanya cetusan idea oleh Nadhir Ashafiq sehingga menjadi sebuah syarikat logistik yang semakin membesar di Malaysia. Bahkan telah meluaskan perkhidmatannya di Singapura.

Ditubuhkan pada bulan September 2014, TheLorry menawarkan perkhidmatan pengangkutan kargo (on-demand cargo transportation services) di seluruh Semenanjung Malaysia, menghubungkan ribuan pemilik lori dan van dengan pelanggan mereka, membawa dan memindahkan berbagai barangan daripada perkakas rumah kepada kargo komersial.

Image result for thelorry

Baru-baru ini, TheLorry telah berkembang ke dalam e-dagang, dan sejak itu telah bekerja dengan vendor e-dagang dan peruncit terkemuka untuk menghantar barangan berat dan besar.

TheLorry yang menggabungkan perkhidmatan logistik dan teknologi  telah menerima dana sebanyak USD1.5 juta melalui siri pusingan pertama yang diketuai oleh SPH Media Fund, dengan penyertaan daripada Elixir Capital yang merupakan salah satu syarikat yang berpangkalan di Silicon Valley.

Menurut pengasas bersama dan Pengarah Urusan TheLorry, Goh Chee Hau, dana ini akan digunakan untuk mengukuhkan kehadiran mereka dalam pasaran tempatan dan mengembangkan perniagaan mereka ke negara-negara Asia Tenggara yang lain dengan menduplikasi perniagaan mereka di Singapura.

Pengasas dan Pengarah Eksekutif The Lorry, Nadhir Ashafiq pula menegaskan  platform teknologi mereka merupakan kunci utama menjadikan ini satu realiti. Sebaik sahaja selepas menerima pelanggan ke-10 selepas pertama kali dilancarkan, Nadhir memikirkan untuk terus membesarkannya dengan lebih pantas. Sejak daripada itu, mereka terus menambah baik perkhidmatan mereka dengan bekerjasama dengan beberapa penyedia lain.

Image result for the lorry online sdn bhd

Berjaya mengukuhkan perniagaan mereka dengan baik di Malaysia menjadi satu kelebihan untuk TheLorry berkembang ke Singapura disebabkan oleh volum logistik yang tinggi merentasi sempadan antara kedua-dua negara.

Nahdir Ashafiq dan Goh Chee Hau telah berjaya memasuki senarai Forbes 30 Under 30 kerana kejayaan mereka dalam menguruskan TheLorry. Dengan pertumbuhan yang rancak ini, TheLorry kini bersedia untuk membesarkan lagi perniagaan mereka.

Sumber: amanz, thelorry, thevocket

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button