AntarabangsaIsu Semasa

Isteri Militan Dilayan Seperti Hamba

Menurut kumpulan aktivis di negara Syria pada tahun 2016, para wanita yang menjadi isteri kepada ahli kumpulan militan ISIS terpaksa mengharungi pelbagai bentuk penindasan – antaranya adalah perlakuan seks ganas atau seks luar tabi’e.

Wanita sering menjadi mangsa kekejaman kumpulan-kumpulan tertentu, terutamanya di negara-negara yang sedang mengalami pergolakkan; sebagai contoh negara Syria.

Disebabkan itu, golongan wanita yang telah diperlakukan sebegini menjadi semakin takut untuk meninggalkan rumah mereka. Ramai di antara mereka, terutamanya dari kalangan kanak-kanak perempuan dipaksa untuk berkahwin dengan ahli kumpulan militan ISIS di Raqqa (‘ibu kota’ ISIS di Syria), di mana mereka ini telah dipukul dan didera oleh suami mereka.

Penindasan wanita – Sumber: gatesofvienna.net

Kumpulan aktivis Syria yang bergelar ‘Raqqa is Being Slaughtered Silently’ (RBSS) menyatakan bahawa universiti di kawasan tersebut telah ditutup oleh ISIS, dan pada masa yang sama, mereka turut melarang kaum wanita untuk mengembara ke tempat lain bagi melanjutkan pelajaran.

Memetik laporan dari laman web aktivis itu, pejuang ISIS memulakan ‘misi mencari isteri’ mereka selepas mengambil alih kuasa di bandar tersebut. Dalam pada itu, kumpulan militan itu juga telah memperkenalkan beberapa siri ‘tindakan ganas’ yang direka khas bagi tujuan memaksa wanita untuk berkahwin, dan juga melarang mereka untuk mengembara atau bekerja sekiranya tiada saudara lelaki.

Kumpulan aktivis RBBS – Sumber: www.raqqa-sl.com

Abu Mohammed Hussam, salah seorang ahli kumpulan aktivis RBSS berkata, wanita yang keluar rumah tanpa penjaga lelaki pasti akan diganggu. Selain itu, wanita berumur seawal 9 sehingga 50 tahun turut akan dihantar ke ‘pusat pengajian khas’ untuk mempelajari ‘ilmu agama’ dan juga ‘cara-cara untuk menjadi seorang isteri yang baik’.

Mengulas lanjut laporan RBSS, ahli kumpulan militan ini akan menjadikan keluarga miskin sebagai ‘sasaran’ mereka, dengan menawarkan mas kahwin (mahar) yang tinggi sebagai ‘pertukaran’ untuk mengahwini anak-anak gadis keluarga di sana.

b0gm-
Wanita dilelong – Sumber: Akaun Twitter Rang Abdullah

Hussam telah berpeluang untuk berbual bersama tiga orang wanita berumur 19 hingga 29 tahun yang menjadi mangsa deraan kumpulan ISIS. Salah seorang wanita tersebut telah dimasukkan ke hospital apabila diserang oleh suaminya (pejuang ISIS)  yang dikahwini secara paksa.

Beliau memberitahu portal berita The Independent: ” Sesetengah wanita tersebut berkata bahawa pejuang-pejuang luar ini adalah yang paling teruk, seperti raksasa.” Hussam turut menambah bahawa ahli kumpulan militan ini suka mencari gadis-gadis muda untuk dikahwini.

Kumpulan ISIS selalunya akan mengahwini lebih daripada seorang isteri dan mencari ‘sabaya’, iaitu wanita-wanita yang telah diculik dan dijual untuk menjadi hamba seks. Ia sangat menyedihkan untuk mengetahui bahawa masih ramai lagi kaum wanita yang tertindas dan dilayan seperti hamba/binatang oleh kumpulan-kumpulan tertentu.

Sumber: Independent UK
Show More

Related Articles

Back to top button