AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Kesatuan Eropah Kecam Amerika Potong Dana PBB

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah memotong dana negara itu sebanyak AS$640 juta yang sepatutnya diberikan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Federica Mogherini yang mengecam tindakan itu, dana yang dipotong berkenaan amat penting dalam perbelanjaan pertahanan demi menjaga keamanan dan keselamatan global, atau lebih daripada itu.

Memetik laporan Arab News, sementara potongan dana AS kepada PBB itu diluluskan oleh Kongres, negara itu juga meningkatkan bajet pertahanan mereka sebanyak AS$15 bilion.

Mogherini menegaskan bahawa kemampuan ketenteraan adalah hanya satu elemen dalam strategi keselamatan EU, yang juga memberi fokus terhadap pertumbuhan ekonomi, institusi negara yang kukuh, penjagaan kesihatan, pendidikan dan demokrasi yang baik.

Beliau berkata, sumbangan sukarela EU kepada PBB berjumlah setengah daripada bajet keseluruhan AS kerana organisasi seperti Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Program Makanan Sedunia dan agensi kanak-kanak PBB  (UNICEF) adalah “kunci” utama untuk menjaga keamanan.

“Ia adalah penting bagi kita semua supaya terus melabur dalam agensi-agensi PBB ini… Dan kami, warga Eropah, menganggap bantuan kepada sistem PBB sebagai pelaburan penting terhadap keselamatan kami sendiri,” katanya.

Sementara itu, Duta AS, Nikki Haley pula menggesa EU untuk mengambil tindakan lebih keras terhadap Syria, Korea Utara dan Iran.

Haley menegaskan bahawa EU dan Majlis Keselamatan untuk mengenakan “sekatan yang lebih ketat” terhadap Presiden Syria, Bashar al-Assad dan “pembekal serta fasilitator program senjata kimia Syria,” dalam usaha membendung serangan kimia dan “jenayah perang” pada masa akan datang.

Bagi Korea Utara pula, Duta AS itu meminta EU dan semua negara lain untuk memberi ‘tekanan maksimum’ terhadap negara itu supaya menghentikan program senjata mereka, termasuk nuklear.

Dalam pada itu, Haley berkata, EU juga boleh dan patut meningkatkan usaha untuk menekan Iran agar menghentikan kegiatan mereka yang menggugat kestabilan di rantau itu, termasuk sokongan terhadap kumpulan ekstremis dan pengganas.

Sumber: Arab News
Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close