AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Jerman ‘Takut’ Dengan Turki

“Kemajuan ekonomi Turki mengecewakan Jerman. Jerman tidak boleh tahan dengan Turki.”

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh ketua Parti Inovasi dan Keadilan (BIG) Haluk Yildiz dalam satu temubual, di mana beliau turut mendakwa bahawa Jerman campur tangan dan menganggu hal ehwal dalam negeri Turki.

Beliau juga yakin bahawa pasti terdapat penjelasan tepat disebalik ‘penglibatan aktif’ Jerman’ dalam hal dalaman Turki, dan perkara ini berkaitan dengan pembinaan lapangan terbang ketiga di Istanbul yang dikatakan akan menyebabkan Jerman rugi besar.

“Jerman takut dengan pembinaan lapangan terbang ketiga di Istanbul,” tambah Yildiz.

Ujarnya lagi, Frankfurt merupakan salah sebuah lapangan terbang transit dan pengantara yang terbesar di dunia, tetapi Istanbul kini mengambil alih peranan tersebut.

Hal ini juga menunjukkan bahawa Jerman akan mengalami kerugian kewangan besar dengan adanya lapangan terbang tersebut.

Jelas Yildiz lagi, kerajaan Jerman juga ‘tidak senang’ dengan sifat Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang berpendirian tegas.

Turki telah berusaha untuk bertungkus-lumus untuk melaksanakan projek-projek infrastruktur besar di seluruh negara bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi, termasuk lapangan terbang ketiga Istanbul.

Difahamkan, lapangan terbang itu mempunyai kapasiti untuk menampung seramai 200 juta penumpang dalam setahun.

Menurut Erdogan, ia akan menampung 90 juta penumpang pada suku pertama tahun 2018 dan 150 juta penumpang menjelang tahun 2023.

Dalam pada itu, data dari World Bank Group mendapati bahawa pada Turki telah berjaya melaksanakan 7 projek dengan jumlah keseluruhan AS$44.7 bilion.

Kini, 4 projek mega sedang berada dalam fasa pembinaan, iaitu lapangan terbang ketiga Istanbul, keretapi komuter Gebze-Halkali yang bersambung dengan Istanbul, terowong Ovit di Anatolia dan landasan keretapi Baku-Tlibilisi-Kars.

Tahun lepas, Turki juga telah membuka jambatan ketiga bernama Yavuz Sultan Bridge, di  mana ia dinamakan sempena seorang sultan pada abad ke-16 yang dikenali dengan usaha beliau mengembangkan Empayar Ottoman.

Sumber: Anadolu Agency
Show More

Related Articles

Back to top button