Gaya Hidup

Rupa ‘Handsome’ Boleh Menjejaskan Pekerjaan Lelaki?

Ia menjadi lumrah setiap manusia, tidak kira lelaki atau wanita untuk memiliki wajah yang cantik atau tampan. Tetapi, tahukah anda bahawa lelaki yang ‘handsome’ akan mengalami waktu yang sukar di pejabat?

Menurut sebuah kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat dan United Kingdom, lelaki-lelaki kacak lebih cenderung untuk dilihat sebagai ancaman oleh majikan.

Oleh kerana itu, ia akan mengurangkan peluang mereka untuk mendapat kedudukan yang tinggi di dalam pejabat.

Gambar sekadar hiasan

Menurut Daily Mail, penyelidik-penyelidik daripada University College London’s School of Management dan University of Maryland di AS telah menjalankan eksperimen di empat pejabat yang berbeza.

Mereka mendapati bahawa apabila majikan lelaki mengambil lelaki lain untuk bekerja dengannya, keputusan mereka akan terjejas disebabkan daya tarikan calon dan juga jenis pekerjaannya.

Walau bagaimanapun, penerimaan wanita terhadap ‘kehangatan’ atau kekacakan seorang lelaki tidak menghalang mereka untuk menjadi salah seorang ahli lembaga pengarah dalam sesebuah syarikat.

“Pengurus syarikat akan terkesan dengan stereotaip dan membuat keputusan pengambilan pekerja untuk kepentingan peribadi supaya organisasi mungkin tidak akan mendapat calon-calon yang berkompeten,” kata Profesor Sun Young Lee, Ketua Penyelidik di University of Maryland.

Kesimpulannya, sentiasa bersyukur dengan apa sahaja kelebihan yang telah dianugerahkan dan memperbaiki kekurangan yang ada pada diri.

Paras rupa hanyalah faktor luaran yang bersifat sementara. Kacak atau tidak, itu belakang cerita. Elemen-elemen yang sepatutnya diambil kira dalam sesebuah organisasi adalah kejujuran, keikhlasan, serta sifat amanah dan tanggungjawab.

Sumber: GQ
Tags
Show More

Related Articles

Back to top button