Isu SemasaTempatan

Malaysia Antara Tiga Negara Terbaik Untuk Ekspatriat

Malaysia merupakan antara tiga negara terbaik dalam dunia, di mana golongan ekspatriat dapat menyesuaikan diri dalam tempoh yang singkat untuk merasakan seperti berada ‘di rumah’, menurut satu kajian yang ditauliahkan oleh HSBC Group.

Berdasarkan data kajian Expat Explorer pada tahun 2015, negara-negara yang mudah untuk ekspatriat menyesuaikan diri kurang dari tempoh setahun adalah Bahrain (66 peratus), India (63 peratus), dan juga Malaysia (61 peratus).

HSBC, dalam satu kenyataan berkata, perbandingan ini adalah 48 peratus daripada semua ekspatriat yang dikaji di peringkat global.

Gambar sekadar hiasan

Golongan ekspatriat yang ingin mencari tempat menetap lebih cepat boleh mempertimbangkan untuk berpindah ke Mexico, di mana sebanyak 42 peratus ekspatriat berkata, negara tersebut terus membuat mereka merasa seperti berada di rumah atau jangka masa paling cepat akan mengambil kurang daripada 6 bulan.

Sehubungan itu, 43 peratus ekspatriat memilih Malaysia manakala 47 peratus lagi memilih Bahrain sebagai negara yang mereka cepat menyesuaikan diri.

Kajian Expat Explorer ini telah ditauliahkan oleh Ekspatriat HSBC dan dilaksanakan oleh YouGov. Kajian yang terakhir telah disempurnakan oleh 21,950 eksptariat daripada 198 negara melalui soal selidik online pada bulan Mac, April dan Mei pada tahun 2015.

Di samping itu, hasil kajian mendapati bahawa setiap ekspatriat melalui pengalaman yang berbeza dalam perjalanan untuk merasa seperti penduduk tempatan.

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan News Straits Times, mewujudkan talian persahabatan, membangunkan kehidupan sosial, serta cuba untuk memahami budaya dan etika tempatan telah memainkan peranan besar dalam membina satu hubungan yang kuat dengan negara yang mereka menetap.

“Di Malaysia, 53 peratus ekspatriat berkata, membuat kawan adalah satu elemen yang penting untuk mendapat perasaan seperti berada di rumah,” tambah kenyataan itu.

15 peratus ekspatriat menyatakan bahawa mempelajari Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) merupakan satu komponen yang memainkan peranan besar untuk mendapat perasaan itu di Malaysia. Akhir sekali, 43 peratus ekspatriat di Malaysia berkata, memahami budaya tempatan telah membantu mereka dalam membina hubungan perasaan yang lebih kuat dengan negara ini.

Sumber: NST
Show More

Related Articles

Back to top button