Sukan

“Arsenal Tewaskan Man Utd Tetapi Tiada Siapa Peduli”

“Arsenal tewaskan Man Utd tetapi tiada siapa peduli” kata Phil Neville 

Arsenal menewaskan Man United menerusi jaringan Granit Xhaka dan bekas pemain United , Danny Welbeck yang menanduk masuk hantaran Alex Oxlade-Chamberlain.

nintchdbpict000322084657-e1494183301783

nintchdbpict0003220841791-e1494183233103

Arsenal menang, menamatkan rekod tampa kalah United, tetapi tiada siapa kisah – termasuk pengurus United Jose Mourinho.

Ia adalah kali pertama bos Arsenal Arsene Wenger tewaskan Mourinho pada percubaan ke-16 dan selepas 13 tahun mencuba.

Tetapi lihat Mourinho pada temu bual selepas perlawanan, ia adalah pertama kali dalam masa 6 bulan dia kelihatan tenang dan senyum.

martin-keown-and-ruud-van-nistelrooy-argue

Bekas pertahanan Arsenal, Martin Keown berkata bahawa kurang intensiti amat mengecewakan perlawanan antara dua pasukan ini.

Walaupun dalam terowong mereka kelihatan senyum bermesra, di mana ia tidak akan terjadi pada persaingan antara kedua pasukan sebelum ini.

gettyimages-2517254

Sementara itu Mourinho menyifatkan agak mustahil untuk berada di empat teratas.

Mourinho berkata: “Empat teratas adalah mustahil untuk kami kerana dua sebab.

“Pertama sebab saya tidak rasa pasukan di atas kami bermain satu perlawanan seminggu akan kalah.

“Dan kedua sebab kami akan pergi dengan segalanya menentang Celta Vigo dalam Liga Eropah pada Khamis dan tidak boleh pergi tanpa segalanya di Tottenham pada Ahad berikutnya.

“Pergi dengan segalanya menentang Tottenham adalah sukar. Tanpa segalanya adalah mustahil.

“Saya tidak rasa kami ada peluang untuk mendapat empat teratas. Kami perlu kejar kelayakan Liga Juara-juara dengan cuba memenangi Liga Eropah.

“Kami membuat keputusan untuk membuat lapan perubahan hari ini sebab kami perlu rehatkan pemain dan cuba memenangi Liga Eropah lebih penting berbanding tamatkan liga di kedudukan keempat.

“Kami tahu kami datang tanpa kuasa penuh, tetapi Khamis adalah perlawanan terpenting kami.”

Kemenangan Arsenal itu masih tidak lagi mengubah kedudukan mereka di tangga ke-enam tetapi sekarang tujuh mata di belakang tempat ke-tiga Liverpool.

 

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker