AntarabangsaIsu Semasa

Remaja Kelahiran Malaysia Berjaya Melanjutkan Pelajaran di Yale

Cassandra Hsiao yang dilahirkan di Malaysia telah memilih untuk belajar di  Universiti Yale selepas dia berjaya diterima masuk oleh kesemua lapan universiti bertaraf Ivy League.

Hsiao bersemangat ingin melanjutkan pengajian di Universiti Yale

Namun begitu, pelajar cemerlang ini masih menerima komen negatif di dalam talian.

Beberapa minggu selepas menerima perhatian media, terdapat komen negatif mengenai identitinya sebagai seorang rakyat Malaysia. Hal ini telah menyebabkan remaja berusia 17 tahun sering berfikir mengenai identitinya sendiri.

Ia sesuatu yang Cassandra, yang bapanya seorang rakyat Taiwan dan ibunya seorang rakyat Malaysia serta dibesarkan di California, sering lakukan sepanjang hayatnya.

“Soalan yang sering terngiang-ngiang di fikirannya antaranya  adalah: saya berasal dari mana? Rumah saya di mana? ” Antara perkara yang tercatat di blognya.

“Saya seperti kanak-kanak pendatang, saya tidak boleh memanggil sesebuah negara itu kediaman asal saya. Dan perasaan itu kian membuak apabila saya nampak reaksi dari Malaysia, “kata Hsiao, yang dilahirkan di Johor Baru tetapi telah berpindah ke Amerika Syarikat pada usia lima tahun.

Selepas mengumumkan semalam bahawa dia akan melanjutkan ijazah sastera dengan pengkhususan dalam teater di Yale, Hsiao berkata projek-projek pementasannya pada masa hadapan akan bertemakan pencarian identiti bangsa dan budaya.

“Saya mahu menunjukkan bahawa orang Asia tidak hanya punyai satu cerita tetapi terdapat banyak cerita di dalam genre itu untuk diteroka. Saya ingin menerokai identiti, “katanya lagi ketika dihubungi.

Karangan yang dihasilkan Cassandra tentang pengalamannya belajar bahasa Inggeris di rumah, yang dia kepilkan bersama-sama dengan permohonan universitinya, telah tersebar luas di media sosial.

Dia merancang untuk belajar penulisan teater di Universiti Yale yang terletak di New Haven, Connecticut sebelum berpindah ke Los Angeles atau New York untuk memulakan kerjayanya dalam bidang seni.

Dia kini menetap di Los Angeles dan pernah bekerja sebagai seorang wartawan pelajar untuk beberapa risalah pendidikan kecil dan majalah-majalah.

Dua hasil sastera mengenai pengalaman beliau di Malaysia  “Pasar Malam” dan “Ode kepada Nightmarket” telah diterbitkan dalam jurnal seni dalam talian,  Rambutan Literary.

Setiap dua tahun dia akan melawat Malaysia.

Mengenai kemasukannya ke Universiti Yale, dia berkata: “Saya telah berpeluang melawat kampus beberapa minggu yang lalu. Saya benar-benar berasa sesuai di sana dan hati saya telah tersentuh oleh semangat dan keghairahan pelajar. Saya menangis di kampus kerana terlalu gembira. “

Hsiao berjaya diterima masuk kesemua 8 Universiti bertaraf Ivy League

Cassandra berkata dia  sentiasa tahu cinta pertamanya adalah bidang teater. Dia menceritakan bagaimana dia terpesona dengan pementasan The Lion King di Las Vegas apabila dia hanya berusia 10 tahun.

Dia berkata, ibu bapanya memupuk minatnya dari awal lagi  dengan mendaftarkanya di sekolah tinggi satera dan memasukkannya dalam kelas-kelas seruling, piano, penulisan dan muzik.

ibunya Grace Gan berkata: “Kami menyokong penuh keputusan Cassandra dan teruja untuk bab seterusnya dalam hidupnya. Dunia baru ini akan memberi inspirasi kepadanya dan saya percaya dengan berkat Tuhan dia akan berkembang secara luar biasa. “

Sumber: The Star

Show More

Related Articles

Back to top button