Hiburan

Menikmati Irama Muzik Di Dalam Air

Memainkan alat muzik di dalam air kini bukan lagi sesuatu yang mustahil. Sekumpulan pemuzik inovatif dari Denmark, menyelam seperti ikan dalam akuarium dan menghasilkan konserto dalam air dengan instrumen khas yang bergema dalam dunia yang senyap itu.

Di bandar Aarhus, Denmark, Dewan Konsert Godsbanen Center kelihatan seperti sebuah kolam ikan dengan suasana retro-futuristik dilengkapi tangki air, kanister, tiub dan paip.

Image result for between music aquasonic

Satu demi satu daripada lima anggota kumpulan Between Music iaitu Laila Skovmand, Robert Karlsson, Morten Poulsen, Dea Maria Kjeldsen dan Nanna Bech turun ke dalam tangki kaca persendirian untuk projek terbaru mereka, AquaSonic, di mana mereka memainkan biola, simbal, loceng , pedaled crystallophone dan hurdy-gurdy.

Hidrofon, atau mikrofon khas yang memerangkap bunyi dalam air, menguatkan gelombang bunyi dan menghasilkan muzik.

Perintis dalam bidang muzik akuatik, Skovmand memainkan beberapa peranan dalam kumpulannya: Pengarah seni, penulis muzik dan lirik, dan juga vokalis.

“Saya seorang penyanyi yang berpendidikan dan saya mahu menghasilkan lagu-lagu baru. Saya mendapat idea bahawa jika saya menyanyi di dalam air, saya mungkin akan menghasilkan bunyi yang berlainan.”

Image result for between music aquasonic

Kumpulan itu bekerjasama dengan jurutera dan pembuat alat untuk mencipta instrumen tahan air yang mempunyai bunyi bertepatan dengan suara Skovmand.

Pemuzik dan produser, Karlsson memainkan biola yang diperbuat daripada gentian karbon dan crystallophone sejenis harmonika kaca yang dicipta oleh Benjamin Franklin. Untuk Karlsson, bermain alat muzik di dalam air memberikan kesan yang positif kepadanya.

“Saya sebenarnya tidak begitu gemar bermain air. Saya berasa fobia berada dalam tab mandi. Tetapi entah bagaimana apabila saya masuk ke dalam tangki ini dan bermain alat muzik, saya berasa tenang dan benar-benar selamat,” katanya.

Bech bermain rotacorda, sejenis instrumen yang diilhamkan daripada instrumen tradisional Byzantine, hurdy-gurdy. Ia mempunyai enam tali keluli tahan karat yang boleh membuat bunyi melalui tarikan atau petikan pada tali itu. Bech juga telah mencipta satu teknik khas untuk menyanyi di dalam air.

Related image

Dalam konsert Aarhus baru-baru ini, band ini menggunakan masa hampir enam jam dalam tangki membuat persediaan untuk persembahan selama 50 minit pada malamnya.

Air di dalam tangki disimpan pada suhu 37 darjah Celsius dan mereka akan melakukan beberapa latihan menyelam dan menahan nafas di dalam air.

Band ini menghabiskan keseluruhan persembahan di dalam air dengan timbul ke permukaan secara kerap sebagai sebahagian daripada koreografi untuk mengambil udara.

Jika anda ingin mengetahui bagaimana bunyinya. Ini sedikit trailer daripada mereka..

Sumber: Dailysabah

Show More

Related Articles

Back to top button