Bisnes & Ekonomi

Apa Itu ‘Venture Capital’?

Venture Capital (VC) merupakan pembiayaan kewangan yang pelabur sediakan untuk syarikat baru dan perniagaan kecil yang dipercayai mempunyai potensi pertumbuhan jangka panjang. Untuk bakal usahawan yang tidak mempunyai akses kepada pasaran modal, VC adalah sumber wang terpenting mereka.

Satu-satunya rakyat Malaysia yang telah berjaya menduduki senarai Venture Capitalist Forbes Top 30 adalah Victor Chua. Beliau adalah Naib Presiden Gobi Partners sejak awal tahun 2015, dan telah membuat pelaburan berjumlah sehingga $ 15 juta di Asia Tenggara.

Bagi seseorang yang mencipta kejayaan ketika berumur bawah 30, Victor Chua mempunyai portfolio kewangan yang agak besar. Dia berada di Venture Capital Management Malaysia, (firma modal Kementerian Kewangan).

Beliau sendiri telah mula berjinak-jinak dalam kedua-dua kaedah perniagaan online dan offline, memberikannya pengalaman merasai kedua-dua spektrum.

Chua percaya bahawa VC adalah penggerak kepada ekosistem perniagaan dengan membawa modal dan rangkaian ke dalam perniagaan yang membuka potensi ekonomi dan sosial dalam keusahawanan.

Sebagai VC, beliau banyak memainkan peranan dalam menyokong perjalanan perniagaan pengasas yang telah dilaburkannya. Oleh itu, peranan VC membawa kesan yang besar kepada masyarakat dan ekonomi.

Cabaran yang paling besar sebagai VC adalah untuk merapatkan tahap pengetahuan di antara negara-negara dan Asia Tenggara adalah pasaran yang besar dengan peluang yang berbeza dalam setiap negara.

Ekosistem perniagaan di Asia Tenggara masih di peringkat awal di mana banyak lagi ruang untuk berkembang. Oleh itu, VC secara beransur-ansur menarik lebih banyak pihak yang berkepentingan dari kawasan-kawasan lain seperti China, Amerika Syarikat, Jepun, Korea dan lain-lain.

Sumber: vcinsidernews.com

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close