Teknologi

Audrey Tang: Dari Penggodam Ke Menteri Digital Taiwan

“Menteri digital” Taiwan, Audrey Tang, seorang genius komputer dan usahawan yang belajar sendiri programming pada usia lapan tahun, berkata dia seorang “penggodam sivik,” beliau seperti seorang tukang kunci yang menggunakan kepakarannya  untuk menghalang melakukan perkara-perkara yang tidak elok.

Audrey Tang Menteri Digital Taiwan

Perlantikan Sebagai Menteri Digital

Beliau telah dilantik oleh pemimpin yang berharap dapat membina hubungan yang baik dengan pengundi muda yang telah membantu mendapatkan Presiden Tsai Ing-wen jawatannya pada tahun lepas.

Tang yang kini berusia 35 tahun menggunakan kepakaran beliau untuk lebih melibatkan orang awam secara langsung dalam penggubalan dasar dan untuk menangani masalah “berita palsu “.

Pol. is Hasil Kerja Tang

Salah satu inisiatif Tang adalah sistem yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (artificial intelligence) yang diberi nama Pol.is.

Ia mengumpul dan berkongsi pandangan orang ramai tentang isu-isu dasar untuk bantu menentukan tahap sebenar sokongan bagi perkara tertentu. Sebagai contoh,  kerajaan boleh menggunakan data dalam rundingan tentang mengawal selia perkhidmtan e-hailing dan lain-lain perkhidmatan teksi, kata Tang.

Pol. is merupakan rancangan cetusan idea Tang

“Pendekatan ini mencerminkan usaha menggalakkan kemahiran berfikir dan mendengar yang kritikal tentang sesuatu  perkara pada skala besar bukan seperti idea-idea yang sering dikongsikan di laman sosial yang tidak lengkap dan tidak serius,” kata Ming-Yeh Rawnsley, seorang  penyelidik di Pusat Pengajian Taiwan di University of London.

“Merupakan sebuah perkara penting kerajaan Taiwan sedang memikirkan tentang mengamalkan demokrasi,” kata Rawnsley.

“Walaupun ledakan platform media sosial telah mewujudkan banyak peluang yang menarik untuk meluahkan perasaan orang awam dan penyertaan orang ramai, ia juga mecipta satu fenomena di mana semua orang mahu bersuara, tetapi hanya segelintir yang mahu mendengar.”

Sumbangan Tang

Pendirian ‘mesra-digital’ Tang, termasuk membenarkan mereka yang bermain permainan (game)  komputer   terlibat dalam perkhidmatan ketenteraan wajib di Taiwan secara alternatif.

Hal ini memberikan peluang kepada peserta profesional e-sukan “League of Legend” peluang yang sama seperti peserta Sukan Olimpik yang berjaya membawa balik pingat untuk negara.

Tahun depan, dia merancang untuk memperkenalkan kelas “celik teknologi maklumat dan media” untuk semua pelajar sekolah  yang bertujuan membantu pelajar-belajar untuk membezakan khabar angin dan pembohongan dari fakta.

“Hal ini bukan tentang kebolehan untuk mengenal pasti  ‘berita palsu’ tetapi ia adalah tentang kemampuan untuk membuat keputusan … supaya individu-individu tidak mudah terpengaruh apabila terdapatnya khabar angin,” kata Tang.

Trend laman sosial rakyat Taiwan

Rakyat Taiwan sangat menggemari penggunaan forum dalam talian seperti Twitter, yang mempunyai had sebanyak 140 huruf.

Mereka lebih gemar menulis dalam ideogram Cina kerana ia boleh mengatakan lebih banyak perkara daripada apabila mereka menggunakan bahasa Inggeris.

Tang tidak berapa setuju dengan penggunaan istilah “berita palsu,”  kerana baginya ia tidak adil pada wartawan. Tetapi dia mengatakan dia mendapati  cara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggunakan Twitter “menyegarkan”.

Pengisytiharan pendek Trump walaupun sering mengejutkan, membuatkan ia sukar untuk disalah tafsir, ujar beliau.

“Jika saya buat mesej saya padat dan pendek, maka tidak mudah untuk seseorang salah faham tentang mesej itu. Itu adalah perkara asas yang telah saya pelajari, “kata Tang.

Kehidupan Peribadi Tang

Tang  merupakan menteri kerajaan transgender yang pertama di  Taiwan. Hal ini  merupakan perkara yang sangat jarang berlaku terutamanya di Asia Timur, di mana kumpulan-kumpulan konservatif lantang bersuara dan mengutuk secara terbuka mereka yang tergolong dalam kumpulan seksual minoriti.

Tidak begitu di Taiwan, katanya.

“Saya boleh katakan saya seorang post-gender, yang bermaksud bahawa saya rasa sesuatu  perkara itu bukan hanya  boleh dilakukan oleh satu gender sahaja,” kata Tang, yang dari awal lagi  menunjukkan beliau  mempunyai corak pemikirannya sendiri.

Ketika dia mencari jalan untuk menyelaraskan pengiraan matematik, dia mengajar dirinya programming komputer apabila dia berusia 8 tahun. Dia berhenti menghadiri sekolah pada masa dia berusia 14 tahun dan apabila berusia 20 tahun dia sudah memulakan syarikat perisiannya  di Silicon Valley.

Dia bergurau,  orang ramai  kadang-kadang  tersilap ketinggiannya, 180 cm adalah sama dengan tahap IQnya .

Penglibatan Tang dalam politik bermula semasa pergerakan Sunflower Taiwan 2014 apabila dia dikenali ramai kerana telah membantu pegawai berinteraksi dengan rakyat menggunakan internet semasa bantahan terhadap perjanjian perdagangan dengan Beijing.

Sumber: South China Morning Post

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker