AntarabangsaIsu Semasa

The Tamil Tigers (LTTE): Kumpulan Pengganas ‘Brutal’ Di Sri Lanka

Kumpulan militan yang bergelar Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) atau lebih dikenali dengan nama popularnya, The Tamil Tigers, adalah kumpulan pengganas atau militan yang telah ditubuhkan sejak berpuluh tahun dahulu sebelum ISIS.

Bukan itu sahaja, malah mereka ini juga dianggap sebagai militan yang paling ‘brutal’ di dunia kerana menjadi satu-satunya kumpulan ekstrimis yang pernah membunuh dua orang pemimpin dunia.

Gambar sekadar hiasan – Sumber: transnationaltopics.wordpress.com

 

Menurut Federal Bureau of Investigation (FBI), mereka ini adalah perintis dalam  beberapa perkara berkaitan keganasan; antaranya adalah penciptaan jaket pengebom berani mati (suicide vest), menggunakan wanita dalam misi serangan berani mati dan macam-macam lagi.

Bendera LTTE – Sumber: theglobalstate.com

The Tamil Tigers mempunyai kira-kira 5,000 – 10,000 orang ahli gerilla, dan perjuangan utama mereka adalah mengambil alih kuasa pemerintahan Sri Lanka demi mewujudkan negara Tamil yang bebas.

Untuk merealisasikan impian itu, mereka telah melancarkan pelbagai aktiviti keganasan seperti serangan berani mati, pembunuhan ahli politik, mengambil tebusan dan pada masa yang sama melakukan segala bentuk jenayah untuk membiayai operasi-operasi mereka.

Namun begitu, persoalannya, bagaimana dan bilakah kumpulan ini ditubuhkan? Pada tahun 1972, kerajaan Sri Lanka yang dikawal oleh bangsa Sinhalese telah mengisytiharkan bangsa mereka dan agama Buddha sebagai bahasa dan agama rasmi negara tersebut.

Tetapi, bangsa Tamil yang mengamalkan agama Hindu dan juga mempunyai bahasa mereka tersendiri rasa terhina dengan tindakan dan keputusan Sinhalese itu.

Ketua/Pengasas LTTE: Vellupillai Prabhakaran – Sumber: www.bbc.co.uk

Kejadian berkenaan secara langsung telah menyumbang kepada penubuhan LTTE yang diketuai oleh pengasasnya, Vellupillai Prabhakaran beberapa tahun kemudian (1976). Pada tahun pertama kewujudan mereka, kelompok ‘Tigers’ ini merupakan salah satu kumpulan pemberontak yang ‘saling bertanding’ untuk meraih sokongan daripada populasi Tamil Sri Lanka.

Berikutan perang saudara itu, ia telah menyumbang kepada pengorbanan lebih 70,000 nyawa warga Sri Lanka sejak tahun 1983 sendiri.

LTTE telah mengebom bangunan-bangunan awam, hab pengangkutan, dan juga merekrut ahli-ahli baru dari kalangan wanita dan kanak-kanak.

Pejuang muda LTTE – Sumber: moniquestauder.com

Selain itu, para pejuang dikatakan telah memakai kapsul cyanide di kawasan leher dan mereka akan menelannya sekiranya ditangkap oleh pihak tentera kerajaan.

Lebih mengejutkan lagi, LTTE juga mempunyai tentera laut dan darat, dan pada masa yang sama memiliki senjata-senjata canggih seperti roket, pelancar bom tangan dan sebagainya.

Sepanjang sejarah kumpulan militan ini, seperti yang telah diperkatakan di atas, LTTE telah membiayai operasi-operasi mereka melalui pelbagai bentuk jenayah, dan antara kegiatan yang terbesar adalah perompakan bank dan penyeludupan dadah.

Ketua LTTE bersama komando elit Black Tiger – Sumber: www.military-quotes.com

Mereka juga dipercayai telah mendapat sokongan padu daripada etnik Tamil yang menetap di Eropah Barat dan Kanada. Dalam pada itu, laporan ada menyatakan bahawa kumpulan pengganas ini meraih lebih daripada $200 juta USD setahun.

Selepas kira-kira 26 tahun, akhirnya kumpulan militan ini berjaya ditumpaskan oleh tentera kerajaan, yang diketuai oleh Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa.

Rajapaksa telah mengisytiharkan kemenangan tentera pada 16 Mei, 2009, dan pada hari yang berikutnya, Ketua Jabatan Perhubungan Antarabangsa LTTE, Selvarasa Pathmanathan mengakui kekalahan kumpulan itu melalui satu email yang berbunyi: “Peperangan ini telah mencapai pengakhiran yang pahit.”

Sumber: TIME, FBI
Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close