AntarabangsaIsu Semasa

Mengapa Suami Ratu Elizabeth Bergelar ‘Putera’, Bukan ‘Raja’?

Mulai musim luruh ini, Putera Philip, suami kepada Ratu United Kingdom, Ratu Elizabeth akan bersara secara kekal daripada segala tugas rasmi dan tidak akan menghadiri mana-mana upacara awam lagi.

Pengumuman tersebut mencetuskan pelbagai spekulasi, dan terdapat juga segelintir pihak yang mencetuskan persoalan mengapa Philip, yang juga Duke of Edinburgh, bergelar Putera, tetapi bukan Raja sedangkan isteri baginda adalah Ratu.

Pasti anda pun pernah tertanya soalan ini bukan?

Berdasarkan undang-undang Inggeris, isteri biasanya akan mengambil nama dan pangkat suaminya selepas mendirikan rumah tangga.

Di dalam keuarga Diraja Britain, isteri yang tidak mempunyai gelaran juga akan mengambil gelaran suaminya yang berketurunan Diraja secara sah.

Sebagai contoh, Kate Middleton dikenali sebagai The Duchess of Cambridge selepas berkahwin dengan Putera Williiam yang merupakan The Duke of Cambridge.

Sekiranya Putera William tidak diberikan gelaran ‘Duke’ untuk perkahwinannya, Kate akan membawa gelaran lain, iaitu ‘Princess William of Wales’.

Tetapi, situasi adalah berbeza apabila wanita yang berketurunan Diraja berkahwin, seperti Ratu Elizabeth.

Ratu Elizabeth adalah anak pertama dari dua orang adik beradik, dan adiknya juga adalah seorang perempuan, iaitu Puteri Margaret.

Memandangkan ayahandanya, Raja George VI tidak mempunyai waris lelaki, maka Ratu Elizabeth secara automatik menjadi pewaris takhta negara selepas kemangkatan ayahandanya.

Pada tahun 1947, Ratu Elizabeth berkahwin dengan Putera Philip yang mempunyai darah pertalian dengan keluarga Diraja Denmark dan Greece sebelum baginda menaiki takhta lagi.

Pada waktu itu, baginda yang masih seorang Puteri mendapat gelaran Duchess of Edinburgh manakala Putera Philip pula adalah Duke of Edinburgh.

Selepas kemangkatan Raja George VI pada tahun 1952, Ratu Elizabeth menjadi Ratu Britain dan memandangkan pangkat Ratu atau ‘Queen’ adalah pangkat yang tertinggi, Putera Philip tidak dapat mendapat gelaran ‘Raja’¬†dan hanya kekal dengan gelaran Duke of Edinburgh yang dianugerahkan kepadanya.

Situasi ini sama seperti di Malaysia. Sebagai contoh, sekiranya seorang lelaki dianugerahkan gelaran Datuk, isterinya secara automatik akan bergelar Datin.

Namun jika seorang wanita mendapat gelaran Datuk, maka suaminya tidak akan mendapat apa-apa gelaran.

Sumber: Biography, Metro UK

 

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker