AntarabangsaIsu Semasa

Pengganas IS Cipta Laman Sosial Tersendiri

Selain daripada menghasilkan buku dan aplikasi telefon pintar sebelum ini,  pengganas IS (Daesh)  kini sedang mencipta platform laman sosial mereka tersendiri pula.

Menurut pengarah agensi polis Kesatuan Eropah (EU) Europol, Rob Wainwright, laman sosial itu diwujudkan oleh kumpulan militan berkenaan untuk mengelak tindakan keras oleh pihak berkuasa daripada menyekat komunikasi dan penyebaran propaganda mereka.

Wainwright berkata, kewujudan laman sosial itu ditemui dalam satu operasi berdurasi 48 jam yang menentang ekstremisme internet pada minggu lepas.

“Dalam operasi itu, IS sedang mewujudkan platform media sosial mereka tersendiri, bahagian internet mereka tersendiri untuk melancarkan agenda mereka,” ujar beliau.

Walaupun agensi perisikan, pasukan polis, dan sektor teknologi telah melaksanakan pelbagai operasi untuk menyekat operasi online militan, terbitan video-video mengerikan masih lagi berleluasa di internet.

Pada zaman moden ini, pengganas amat bergantung pada platform media sosial untuk berkomunikasi secara online dan menyebarkan propaganda, termasuk saluran peribadi seperti aplikasi Telegram.

Polis Kesatuan Eropah (EU), Europol – Sumber: www.europol.europa.eu

Syarikat-syarikat gergasi tekonologi termasuk Facebook dan Google turut mengalami ‘tekanan politik’ untuk mengambil lebih banyak inisiatif untuk membasmi bahan-bahan ekstremis yang diterbitkan secara online dan “menyukarkan” kumpulan pengganas untuk berkomunikasi menerusi perkhidmatan sulit.

Selain itu, Wainwright berpandangan bahawa ia mungkin lebih sukar untuk menangani sebuah platform yang dicipta dan dikendalikan sendiri oleh IS.

Negara-negara seperti Amerika  Syarikat, Belgium, Greece, Poland, dan Portugal juga terlibat dalam operasi Europol untuk menyekat kegiatan IS dan Al-Qaeda di internet.

Hasil operasi itu mendapati bahawa terdapat lebih daripada 2,000 hos ekstremis di 52 platform media sosial.

Menyedari bahawa Eropah sedang menghadapi “ancaman pengganas yang tertinggi dalam satu generasi,” Wainwright yakin EU dan Britain akan meneruskan operasi keselamatan selepas Brexit (penceraian Britain dari Kesatuan Eropah) walaupun UK cenderung untuk meninggalkan Europol dan menghentikan perkongsian risikan.

Europol yang berpangkalan di The Hague, Belanda, membantu kesemua 28 negara anggota EU dalam “perjuangan menentang jenayah antarabangsa serius dan keganasan.”

Agensi itu juga bekerjasama dengan negara-negara bukan anggota EU dan organisasi antarabangsa lain.

Sumber: RT

 

Show More

Related Articles

Back to top button