AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Korea Selatan Adakan Pengundian Awal Buat Pertama Kali

Rakyat Korea Selatan hari ini telah mula keluar mengundi dalam sesi pengundian awal bagi Pilihan Raya Presiden negara itu.

Pilihan raya tersebut akan berlangsung pada Selasa depan (9 Mei), dan ini adalah pertama kali proses pengundian awal dilaksanakan untuk meningkatkan peratusan rakyat keluar mengundi.

Menurut laporan, lebih daripada 3,500 tempat mengundi dibuka di seluruh negara, termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dan stesen-stesen keretapi utama.

Difahamkan, pengundian awal akan berlangsung selama dua hari, di mana ia dibuka pada jam 6 pagi hari ini (Khamis) dan akan ditutup pada jam 6 petang esok (Jumaat).

Pilihan raya kali ini diadakan untuk mengganti tempat bekas presiden, Park Geun-hye yang dipecat dan didakwa kerana terlibat dalam skandal rasuah.

Geun-hye juga merupakan pemimpin yang dilantik secara demokratik yang pertama untuk dipecat oleh Mahkamah Agung dalam sejarah Korea Selatan.

Kini, beliau sedang dibicarakan dan sekiranya didapati bersalah atas tuduhan rasuah, Geun-hye boleh dikenakan hukuman penjara lebih daripada 10 tahun.

Dalam pada itu, statistik menunjukkan bahawa lebih daripada 42.4 juta orang yang layak untuk mengundi pada pilihan raya kali ini, iaitu bilangan terbesar pengundi dalam sejarah negara.

Berdasarkan pungutan suara (poll) terkini, Moon Jae-in, calon presiden dari Parti Demokratik Liberal sedang mendahului dengan 42.4% diikuti Ahn Cheol-soo dari Parti Rakyat dan Hong Joon-pyo, bekas pemerintah Parti Liberty.

Cheol-soo dan Joon-pyo berada pada kedudukan yang sama, dengan masing-masing meraih 18.6% undian di dalam pungutan suara itu.

 

 

Sumber: Channel News Asia 

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker