Sukan

Parkour: Cuba Senaman Ini

Parkour bermula di Perancis yang melibatkan aksi pengawalan disekeliling halangan seperti dinding, tangga dan pokok dengan lompatan, panjat dan pergerakan akrobatik.

Ini adalah pergerakan yang boleh buat anda lari seperti Spider-Man

Kebanyakan kita merentasi persekitaran dengan berjalan. Tidak kepada Michael “Frosti” Zernow – dia lebih gemar melompat dengan aksi akrobatik dari A ke B. Atlit parkour profesional dan pengajar dari Santa Monica, California telah mempunyai lebih 10 tahun pengalaman, dan ia terbukti: Lelaki ini menentang graviti dengan pergerakan.

Zernow membuat seperti ia kelihatan mudah, tetapi ia memerlukan latihan dan disiplin jika tidak mahu terhantuk ke lantai, menyeret lutut pada tar atau berakhir di klinik. Sekali anda mendapat kemahiran, parkour (larian bebas) ia menyeronokan kerana anda boleh lakukan hampir di mana-mana.

la-he-try-this-parkour-tic-tac-20120317

la-try-this-michael-frosti-zernow-demonstrates-parkour-tic-tac-20120309

str2_tnsparkourmike_use_mingteoh-770x470

Pergerakan Asas 

Disebabkan pergerakan lain agak sukar dan memerlukan tahap atletiksism yang tinggi, anda mungkin mahukan pengajar profesional pada permulaan. Tetapi ini adalah pergerakan mudah dan menarik – dipanggil tic-tac – untuk anda mulakan.

Tic-tac kebiasaannya dilakukan untuk melompat melepasi sesuatu halangan dan boleh membantu anda memanjat lebih tinggi. Ia menanamkan pengawalan badan, penting untuk parkour. Otot yang utama adalah kaki dan rajin membuat latihan kerana ia membuatkan badan stabil terbang di udara.

Apa perlu lakukan:

  • Cari tempat di dinding, pokok yang kukuh atau tiang lampu yang selesa dan tinggi-nya tercapai.
  • Lakukan sedikit larian pada permulaan dan melangkah ke tempat dengan kaki terdekat, letakan berat anda padanya. Kemudia tolakkan dengan kaki yang sama.
  • Memanjangkan kaki lagi satu untuk mendarat, tetapi jangan mendarat di merata-rata tempat, pilih tempat yang spesifik, dan pusing mengahadapnya untuk membimbing badan anda.
  • Mendarat pada hujung kaki dengan membengkokan lutut, untuk mengelak kecederaan lutut.

Berapa banyak anda perlu lakukan? Mulakan dengan satu ke dua tic-tacs pada masa, memastikan kedua bahagian badan. Selepas anda makin kuat dan yakin, tambah lagi.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker