Kesihatan

Teruskan Berlari

Seorang wanita 77 tahun mahu mencatat rekod memenangi emas terbanyak untuk pelari amatur. Chen Xuhua daripada Jinan wilayah Shandong kelihatan lebih muda daripada umurnya. Dia merasakan rahsia dia kelihatan muda adalah berlari sesuatau yang dia tidak akan lakukan jika bukan kerana suaminya.

b083fe96fac21a5919db2c

“Saya sudah berlari selama 31 tahun dan ia bukan sahaja menyembuhkan sakit saya malah menambah baik kehidupan saya dan membantu saya menyedari impian saya,” katanya.

Sebelum bersara, Chen berkerja sebagai guru di sebuah tadika milik Jinan Boiler Group, dimana dia mengajar menyanyi dan menari. Pada 1985, suaminya Li Zhipo menghidap penyakit yang mengganggu keupayaannya untuk bergerak dan perlu beralah daripada hobinya bermain bola keranjang.

“Apabila dia berhenti daripada bermain bola keranjang, dia kelihatan tertekan,” kata Chen.

“Saya fikir situasi akan bertambah buruk jika dia terus duduk di rumah. Saya perlu bawa dia keluar.”

Lalu pasangan mula berjalan, bangkit pada 5 pagi setiap hari untuk melakukan 2 jam senaman. Masa ke masa, Li mampu untuk berjalan lebih jauh dan kelamaan mengatasi masalahnya. Sekarang pun, umur 82 tahun, dia (Li) masih kelihatan sihat.

“Terima kasih padanya, saya rasa suka dengan berlari, yang membuat saya sihat. Dia sudah pulih, saya tidak boleh berhenti berlari,” kata Chen, tambahan itu dia jarang menhidap demam dan sakit belakangnya hilang setiap kali dia bersenam.

“Jika satu hari saya tidak berlari, saya akan rasa tidak selesa,” katanya.

00221917e13e1a58fd3b22

Pada 1988, Chen mula melibatkan dalam acara sukan kecil yang dianjurkan oleh tempat kerjanya. Dalam 10 tahun, dia dijemput untuk hadir Asian Masters Athletics Championships yang berlaku di Okinawa, Jepun. Ia adalah kali pertama dia mengambil bahagian dalam acara bertaraf antarabangsa, tetapi dia masih memenangi kedua perlumbaan 1,500m dan 5,000m.

“Pada kali pertama saya mengambil bahagian dalam perlumbaan saya memasang impian berlari di peringkat antaranbangsa dan memenangi hadiah. Impian saya sudah tercapai,” katanya.

Selepas pertandingan di Jepun, Chen mula berlatih lebih keras, berlari pada pagi dan bersenam di rumah pada tengahari. Dia memasuki Jinan Quancheng Running Team, dimana memenuhi keperluan amatur, pada 2002. Setakat ini, dia telah terlibat dalam ratusan pertandingan diadakan di negaranya dan luar dan memenangi 119 pingat emas. Di Perth 2016 World Masters Athletics Championships pada 26 Oct hingga 6 Nov di Australia, Chen memenangi 5,000m dan 2,000m larian berhalangan untuk katogeri wanita umur 75-79 tahun.

“Untuk bersaing di pertandingan diadakan di negara luar, saya perlu mengatasi pelbagai masalah seperti makanan dan cuaca,” kata Chen.

Bertahun berlari juga telah meninggalkannya dengan kecederaan kaki kanan, yang mengehadkan latihan untuk 2 jam sehari.

“Walaupun ia sakit untuk berlari. S  aya tidak mahu mengalah. Lari telah menjadi sebahagian daripada hidup saya,” katanya.

joaquina-flores

Han Zhaozhong, 74 tahun ketua Jihan Quancheng Running Team, kata Chen menunjukan contoh positif.

“She shows us bagaimana untuk hidup dengan cara sihat, kedua mental dan fizikal, selepas kami bersara,” katanya. “Dia telah mendapat kemahsyuran untuk pasukan lari kami.”

Apabika pasukan ditubuhkan pada 2002, ia mempunyai 40 orang, tetapi sekarang mempunya lebih daripada 160 orang. Peningkatan ini juga menarik minat penaja korporat dan pasukan menerima 150,000(RM95,000) setahun daripada sukan loteri Jinan. Minat Chen pada lari juga telah pengaruh jiran dan kanak-kanak.

“Pada 1990an, apabila jiran sya nampak saya berpakaian sukan lari setiap pagi, mereka gelakkan saya. Tetapi sekarang mereka berlari bersama saya,” katanya.

“Tiga anak saya juga suka sukan, sebahagian sebab dipengaruhi kami. Saya akan terus berlari dan cuba mencapai impian lain mendapat Guinness World Recors untuk emas terbanyak untuk pelari amatur.”

Sumber China Daily

Tags
Show More

Related Articles

Check Also

Close
Back to top button