AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Turki Dan India Bergabung Perangi Keganasan

Semalam (1 Mei 2017), Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menegaskan bahawa Turki dan India tidak akan tunduk kepada terorisme yang kini semakin berleluasa.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Erdogan satu sidang media bersama Perdana Menteri India, Narendra Modi di New Delhi sempena lawatan rasmi tiga hari di sana.

“Kita, sebagai dua negara bersahabat, tidak akan memberi terorisme sebarang peluang untuk membuatkan kita tunduk,” katanya.

Lawatan itu juga merupakan lawatan peringkat presiden yang pertama dari Turki ke India sejak 7 tahun lalu.

Tambah Erdogan, Turki berada dalam solidariti penuh bersama India dalam perjuangan menentang keganasan.

“Matlamat organisasi pengganas adalah untuk menakut-nakutkan…Ia tidak penting berapa banyak usaha mereka, pengganas akan pasti lemas di dalam darah yang mereka tumpahkan,” ujar Erdogan selepas mengecam serangan pengganas di India pada minggu lepas.

Seramai 25 orang anggota pasukan keselamatan telah dibunuh oleh pemberontak komunis Naxalite (Maoist) di bahagian terpencil timur India pada 24 April minggu lepas.

Insiden itu juga merupakan serangan yang pengganas yang paling dasyat di wilayah itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Difahamkan, matlamat utama kempen kumpulan itu yang telah diperjuangkan selama 50 tahun adalah untuk menggulingkan kerajaan India dan menubuhkan pemerintahan komunis.

Selain itu, Erdogan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan India di atas sokongan yang diberikan berikutan cubaan rampasan kuasa di Turki gagal pada bulan Julai 2016.

Erdogan menuding jari terhadap Fetullah Terrorist Organization (FETO) sebagai dalang utama disebalik cubaan itu yang mengorbankan 249 orang manakala hampir 2,200 tercedera.

“Saya yakin dengan langkah yang akan diambil, India akan membasmi FETO di dalam negara mereka,” kata beliau.

Menurut kerajaan Turki, FETO dan pemimpin mereka, Fetullah Gulen yang berpangkalan di Amerika Syarikat, bertanggungjawab di dalam kempen mereka yang berterusan untuk menggulingkan Turki dengan menyusup institusi negara itu, terutamanya tentera, polis dan badan kehakiman.

FETO juga dituduh telah menyusup negara-negara lain menerusi institut pendidikan, antaranya.

Sumber: Anadolu Agency
Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker