Sukan

Tendangan Akrobatik Can Mendapatkan Liverpool Tiga Mata

“Saya tidak pernah menjaringkan gol seperti ini – mungkin semasa saya masih kecil. Ia adalah gol terbaik yang pernah saya jaringkan,” kata Can.

“Saya nampak ruang dan saya lari kebelakang dan saya pada awalnya fikir untuk menanduk, kemudian saya tidak memikir banyak.”

 

Pemain Jerman menjaringkan gol yang sangat menakjubkan pada separuh masa pertama membantu Liverpool mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Watford – tetapi Philippe Coutinho terpaksa dikeluarkan selepas cedera.  

Ia juga bermakna Liverpool mempunyai harapan untuk tamatkan musim Liga Perdana di kedudukan empat teratas – empat mata lebih daripada Manchester United di tangga kelima.

nintchdbpict000320744255

Tetapi the Reds bernasib baik pada minit-minit akhir separuh masa kedua selepas percubaan Daniel Prodl terkena palang dengan Watford memberikan segalanya untuk mendapatkan mata.

Separuh masa pertama adalah yang tidak boleh dilupakan dengan dua percubaan yang mendapatkan perhatian perlawanan.

nintchdbpict000320739468

Pertama, pada minit-31, pemain gantian Adam Lallana membuat volley dengan kaki kiri daripada 25 yard luar kotak yang hanya singgah palang.

Pemain England itu diturunkan selepas hanya 11 minit masa permainan di Vicarage menggantikan Philippe Coutinho, yang dikeluarkan kerana kecederaan.

nintchdbpict000320739071-e1493670085168

Kemudian pemain tengah Liverpool mendapatkan peminatnya dan juga beberapa peminat Watford, berdiri dengan gol yang sangat menakjubkan, untuk mengutip tiga mata penting dalam usaha Liverpool untuk capai empat teratas.

 

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker