AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Obama Sedia ‘Turunkan Ilmu’ Kepimpinan Kepada Belia

Bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kini berikrar untuk meluangkan fasa kehidupan barunya untuk mewujudkan barisan pemimpin generasi baru.

Selepas 3 bulan ‘berdiam diri’ sejak persaraannya, Obama membuat penampilan semula di University of Chicago pada minggu lepas, di mana beliau memberi ucapan kepada lebih daripada 400 orang pelajar sekolah dan universiti.

Topik yang dibincangkan pada hari tersebut adalah “kepentingan penglibatan sivik yang lebih baik dalam kalangan golongan muda.”

Ahli Demokrat berusia 55 tahun itu berkata, beliau masih mengambil berat terhadap masalah seperti ketidaksamaan ekonomi, perubahan iklim, isu-isu berhubung keadilan dan juga keganasan yang berleluasa.

Tetapi, masalah kepimpinan adalah faktor yang menghalang negara daripada berkembang maju untuk menangani masalah-masalah itu.

“Saya meluangkan banyak masa berfikir: apa perkara yang paling penting saya boleh lakukan untuk pekerjaan saya seterusnya?”, soal beliau.

Ujarnya lagi, satu-satunya perkara penting yang beliau akan lakukan adalah untuk membantu, dalam apa cara sekali pun, demi melahirkan pemimpin dari kalangan belia yang akan mengambil alih kepimpinan dan mengubah dunia.

Obama di University of Chicago – Sumber: www.cnbc.com

Selain itu, beberapa orang peserta turut bertanya Obama mengenai kepimpinan Donald Trump, namun Obama tidak memberi komen yang substantif berhubung prestasi presiden itu.

Ia adalah sebahagian daripada protokol presiden, di mana bekas pemimpin Rumah Putih tidak boleh ‘memijak’ presiden yang sedang memerintah.

Walau bagaimanapun, para peserta yang hadir di majlis itu juga meluahkan rasa lega kerana Trump tidak berada di sana.

“Saya gembira kerana Trump tidak hadir. Saya juga berharap untuk tidak bercakap mengenai perkara tidak masuk akal yang pelajar anggap sering keluar di berita,” kata Raquel Navarro, 22 tahun.

Penglibatan sivik dalam kalangan belia merupakan misi utama di Obama Centre yang terletak di South Side, Chicago, tempat di mana Obama memulakan pekerjaannya sebagai seorang aktivis masyarakat.

Dalam pada itu, beliau juga mencadangkan belia dari setiap lapisan masyarakat supaya saling mengenali dan belajar tentang satu sama lain.

Sumber: The Star
Show More

Related Articles

Back to top button