AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Joseph Kabila: Menjadi Presiden Congo Pada Usia 29 Tahun

Joseph Kabila dilahirkan di wilayah timur DRC South -Kivu, pada 4 Jun 1971. Bapanya, Laurent Désiré Kabila pula adalah seorang ahli pemberontak Alliance of Demokratik Forces bagi Liberation of Congo ( ADFLC ) dan menjadi presiden negara itu selepas rampasan kuasa pada tahun 1997.

Beliau menjalani zaman persekolahannya di sekolah tentera di Tanzania dan Uganda. Pada tahun 1996 , beliau dilantik menjadi komander “kadogos”, satu perkataan Swahili yang bermaksud  “the little ones” (si kecil). Satu tahun kemudian, bapanya melancarkan kempen untuk menggulingkan pemimpin pada zaman itu, Joseph- Desiré Mobutu, yang juga dikenali sebagai Mobutu Sese Seko di Republik Zaire (nama rasmi DRC  antara tahun 1971 dan 1997).

Pada kebiasaannya, jawatan pemimpin tertinggi di dalam kerajaan seperti presiden atau perdana menteri disandang oleh ahli politik yang berpengalaman luas serta mahir dalam selok belok sistem pentadbiran negara. Amat jarang sekali kita mendengar jawatan tertinggi di dalam sebuah parti atau negara di amanahkan kepada orang muda yang baru hendak menjinakkan diri dalam dunia politik.

Tetapi, tahukah anda bahawa Presiden negara Democratic Republic of Congo (DRC) dilantik untuk memegang jawatan itu ketika usianya 29 tahun?

Bendera Democratic Republic of Congo (DRC)

Presiden DRC, Joseph Kabila (berusia 46 tahun – 2017),  menyandang jawatan itu  selepas kematian bekas presiden, Laurent Désiré Kabila, iaitu mendiang ayahnya yang telah dibunuh dalam satu cubaan rampasan kuasa ketika perang saudara berada di ambang kemuncak pada waktu itu.

Mendiang ayah Joseph Kabila, Laurent Desire Kabila

Mobutu, dengan pertolongan negara jiran Rwanda dan Uganda, adalah orang yang bertanggungjawab dalam mencetuskan perang saudara yang pertama, di mana kejadian itu telah menyebabkan kematian kira-kira 800,000 orang rakyat.

Apabila bapanya mengambil alih pemerintahan DRC pada tahun 1997, beliau melanjutkan latihan tenteranya di negara China di National Defence University, Beijing. Selepas pulang semula ke tanah air, beliau dilantik sebagai Ketua Turus (staf) Tentera Darat, di mana peranan itu terus dipegangnya  sehingga pembunuhan bapanya pada tahun 2001.

Sepuluh hari selepas pembunuhan bapanya, Joseph Kabila yang baru berumur 29 tahun pada waktu itu telah dipilih oleh ahli-ahli kerajaan sebagai pemimpin baru negara itu. Sebaik sahaja mengambil alih kuasa, beliau cuba untuk menamatkan perang saudara dengan membuat perundingan perjanjian damai dengan kumpulan pemberontak.

Joseph Kabila selepas pembunuhan bapanya pada tahun 2001

Akhirnya pada tahun 2002, satu peristiwa bersejarah telah berlaku apabila kerajaan dan pasukan pemberontak menandatangani beberapa perjanijan damai di Sun City, yang bertujuan untuk menangani keganasan sekali gus menjadi garis penamat kepada perang saudara yang telah berlarutan sekian lama. Setahun kemudian (2003), satu kerajaan baru telah dibina dan ia diketuai oleh Joseph Kabila sendiri.

Kemudian pada tahun 2006, beliau secara rasminya telah dilantik menjadi Presiden DRC melalui satu pilihan raya demokratik yang pertama di negara itu dalam tempoh 40 tahun. Kini, Joseph Kabila masih memegang jawatan presiden, tetapi menurut segelintir pihak, beliau menjadi semakin tidak popular kerana telah gagal dalam membawa keamanan, kestabilan, dan juga pembangunan ekonomi di Congo.

Sumber: IB TIMES UK

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker