AntarabangsaIsu Semasa

Cabaran Rancangan Pembaharuan Ekonomi Putera Arab Saudi

Di Arab Saudi, Muhammad Bin Salman, iaitu Timbalan Putera Mahkota (kini berusia 31 tahun), adalah kuasa dibelakang takhta bapanya, Raja Salman. Dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu, setiap negara menghadapi cabaran dan rintangan yang berat untuk mengekalkan kestabilan ekonomi, dan ini termasuklah negara yang kaya seperti Arab Saudi.

 Untuk mentadbir sesebuah negara, seseorang individu itu harus mempunyai ilmu pengetahuan, pengalaman dan juga mengetahui selok-belok sistem pentadbiran dengan baik.
Timbalan Putera Mahkota Arab Saudi, Muhammad Bin Salman

Sebagai pengganti bapanya di masa akan datang, Putera Muhammad telah membincangkan dasar luar campur tangan negara itu serta tindak balas tanpa kompromi terhadap keganasan dan juga hasutan.

Lebih menarik lagi, beliau juga bercita-cita cita untuk membentuk semula seluruh negeri Arab dengan menggunakan kuasa pasaran.

Ayahnya, Raja Salman, yang kini berusia 81 tahun, adalah sebahagian daripada gerontocracy (kerajaan yang ditadbir oleh orang-orang tua) sama yang telah mentadbir negara itu selama beberapa dekad.

Raja Arab Saudi, Raja Salman Bin Abdulaziz al-Saud

Beliau membuat keputusan untuk menurunkan amanah mentadbir kerajaannya kepada Putera Muhammad, tetapi anaknya itu dilihat masih berada dalam keadaan mentah dan tergesa-gesa untuk ‘menyedarkan diri dari tidurnya’.

Raja Salman mengetahui bahawa dengan segala kekayaannya, negara itu menghadapi masalah yang besar. Harga minyak jatuh menjunam. Semua negara-negara Arab di sekililing telah runtuh.

Walaubagaimanapun, mereka (Kerajaan Al Sauds) telah terselamat dengan membuat tiga perjanjian:

  1. Wahabi menggilap kepercayaan mereka terhadap imej Islam sebagai penjaga tempat suci Mekah dan Madinah.
  1. Mereka (Kerajaan) mengamalkan sifat ‘murah hati’ sebagai syarat untuk rakyat bersetuju dengan pemerintahan mutlak mereka tanpa sebarang protes.
  1. Amerika Syarikat mempertahankan Saudi Arabia sebagai syarat untuk mencapai kestabilan dalam pasaran minyak.

Namun begitu, kesemua tiga perjanjian ini mungkin tidak mampu bertahan dalam jangka masa yang panjang disebabkan oleh konflik-konflik tertentu yang melanda negara itu.

Walaupun dilihat sebagai seorang yang masih mentah dan tidak mempunyai pengalaman, Putera Muhammad mengambil risiko yang besar dalam membuat rancangannya tersendiri untuk melakukan pembaharuan terhadap Arab Saudi.

Beliau sangat bersemangat untuk menggunakan kejatuhan harga minyak daripada $115 satu tong pada tahun 2014, kepada bawah daripada $35 satu tong dalam usaha untuk membuat pembaharuan ekonomi.

Tetapi, walaupun selepas pemotongan bajet pada tahun lepas, Arab Saudi tetap mengalami defisit sebanyak 15% GDP. Sekiranya defisit ini berterusan, kewangan awam negara itu hanya akan mampu bertahan untuk beberapa tahun sahaja.

Harga minyak mentah setong

Di dalam bajetnya yang telah dibentangkan pada bulan Disember 2015, mereka telah bercadang untuk memotong subsidi air, elektrik dan juga minyak. Ini ditujukan kepada pengguna-pengguna besar, termasuklah putera-putera raja.

“Saya tidak layak untuk mendapat subisidi-subsidi ini,” katanya. Walaupun begitu, Arab Saudi telah menyaksikan fenomena yang sangat jarang berlaku, iaitu orang ramai beratur untuk membeli petrol sebelum harga meningkat sebanyak 50 % pada bulan Januari lalu.

Demi mengurangkan kos perbelanjaan negara, kementerian-kementerian juga telah menghentikan perbelanjaan ke atas kenderaan, barang perabot dan juga projek pameran. Tidak lama lagi, negara Arab Saudi buat pertama kalinya akan membayar cukai terhadap barang bukan keperluan sebanyak 5%.

Namun begitu, Putera Muhammad menegaskan bahawa cukai tidak akan dikenakan terhadap pendapatan dan juga harta, tetapi beliau bercadang untuk menyeimbangkan bajet dalam masa 5 tahun.

Di bawah rancangannya iaitu “Transformation Plan 2020”, Putera itu ingin menubuhkan alternatif kepada minyak dan juga pemotongan drastik terhadap gaji penjawat awam, yang akan bertindak sebagai satu bentuk faedah pengangguran.

Untuk melakukan ini, beliau bercadang untuk mewujudkan peluang pekerjaan dua kali ganda lebih banyak menjelang tahun 2030.

Terdapat pelbagai lagi bentuk pembaharuan yang ingin beliau lakukan, tetapi ia tidak akan dapat dicapai dengan mudah disebabkan oleh krisis ekonomi dunia dan juga sistem pemerintahan negara itu yang dianggap bercanggah atau tidak sesuai dengan segala perancangan yang hendak dilaksanakan.

Adakah Putera Muhammad akan berjaya mengekalkan kedudukan dan memajukan Arab Saudi melalui rancangan transformasinya? Ia tidak mustahil, tetapi ia amat sukar untuk dicapai.

Sumber: Economist
Tags
Show More

Related Articles

Back to top button