Hiburan

‘Shock Wave’ Pasti Mengejutkan Anda!

Shock Wave adalah filem aksi terbaru yang dihasilkan dan dibintangi oleh pelakon terkenal dari China, Andy Lau. Dalam filem barunya, Lau membawa watak JS Cheung, seorang pakar pemusnah bom yang bekerja dengan Pasukan Polis Hong Kong.

Cheung merupakan seorang polis berdedikasi yang disenangi semua rakan sekerja. Dia bersedia melakukan apa saja untuk melindungi orang lain termasuk membahayakan nyawanya sendiri .

Jika anda fikir Shock Wave adalah filem aksi cliché yang memaparkan aksi kejar-mengejar atau tembak-menembak antara polis dan penjenayah, anda silap!

Image result for shock wave 2017 international poster

Beberapa tahun yang lalu, Cheung menjadi perisik dan menyamar sebagai penjenayah dan berjaya menangkap Biao, adik kepada Peng Hong atau Blast ketika rompakan bank. Peng Hong yang berjaya melarikan diri ketika serbuan polis, kembali untuk membalas dendam.

Peng Hong yang mahir mencipta bom,  menggunakan kemahirannya untuk menghasilkan 1,000 tan bahan letupan C4 dan meletakkannya di dalam terowong lebuh raya yang besar dan memegang beratus-ratus orang tebusan untuk membebaskan adiknya dari penjara.

Anda perlu bersiap untuk berada dalam keaaan yang berdebar ketika menonton aksi Cheung meleraikan bom. Bom yang direka oleh Blast bukanlah bom biasa yang mempunyai wayar kuning dan merah sahaja.

Bom-bom tersebut direka khas dan diletakkan di bawah kereta, bom periuk elektrik di tempat awam dan terdapat satu adegan dimana Cheung menemui teman wanitanya, Carmen terikat dalam but kereta dengan bom di tangannya.

Satu lagi adegan penuh emosi dan debaran di mana seorang tebusan terpaksa memakai bom di badannya. Detik-detik ketika Cheung cuba meleraikan bom itu amat mencemaskan!

str2_ayshockwave_bomb_main

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa detik gemuruh yang boleh dipersoalkan seperti masa yang terlalu lama diambil untuk pihak Polis Hong Kong membuat keputusan sehingga orang awam terbunuh dalam tragedi itu.

Filem ini menyerlahkan pengorbanan dan perbuatan berani rakyat biasa. Dalam dunia tanpa kewujudan adiwira, Shock Wave menunjukkan bagaimana orang biasa seperti pemandu pelancong, pemandu teksi dan pesara boleh menyelamatkan nyawa dalam situasi terdesak.

Pendek kata, Shock Wave adalah filem yang sangat menarik dan mendebarkan. Aksi-aksi yang dipaparkan akan membuatkan mata anda terpaku pada skrin dan pengakhiran ceritanya pasti mengejutkan anda!

p/s: Buat anda yang sensitif, jangan lupa sediakan tisu.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker