Bisnes & Ekonomi

Mengenali Catcha: Syarikat Terajui Kuala Lumpur Internet City (KLIC)

Catcha  Peneraju KLIC

Ia bagaikan satu kejutan apabila syarikat internet Catcha Group telah dilantik sebagai pemaju utama bagi Kuala Lumpur Internet City (KLIC) yang bercita-cita tinggi.

Catcha lebih dikenali dalam sektor teknologi sebagai salah satu syarikat Internet utama di Malaysia.

Salah satu kejayaan yang paling besar adalah apabila salah seorang pemegang sahamnya menjual iProperty Group Ltd pada nilai AS$751 juta (RM2.3 bilion) secara tunai kepada kumpulan REA yang berpangkalan di Australia pada bulan November 2015.

CEO Syarikat Internet Catcha, Patrick Grove Semangat Bercakap Mengenai Visinya Untuk Kuala Lumpur Internet City (KLIC) .

Catcha juga dikenali untuk dua lagi perkara –pertama,  sebuah spin-off yang dinamakan iflix, yang setakat ini telah berjaya mengumpul jumlah sebanyak AS$165 juta (RM728 juta) dan mempunyai rakan kongsi dengan nama-nama besar seperti syarikat filem gergasi Metro-Goldwyn-Mayer (MGM) dan  penyiar UK,  Sky.  Dan kedua, Ketua Pegawai Esekutif (CEO) syarikat itu, Patrick Grove.

CEO Catcha, Patrick Grove.

Grove, mempunyai nilai bersih sebanyak AS$400juta (RM1.6bilion) menurut Forbes, sangat bersemangat dengan KLIC yang dikatakan bakal menjadi Silicon Valley di Asia Tenggara.

“Rakyat Malaysia sudahpun mempunyai beberapa syarikat teknologi besar, antaranya seperti Jobstreet, Grab, iflix dan iProperty. “Kita  ada bakat tersebut. Bayangkan berapa banyak lagi syarikat-syarikat besar yang boleh datang dari Malaysia dengan sedikit bantuan daripada kerajaan,”katanya.

Bantuan itu datang dalam bentuk KLIC.

Bagi mereka yang terlepas berita ini, Grove dan idea KLIC kepunyaannya adalah tumpuan utama dalam majlis pelancaran  Zon Perdagangan Bebas Digital Malaysia, ataupun Digital FreeTrade Zone  (DFTZ) Majlis ini juga, menyaksikan kemunculan ikon Jack Ma dan Alibaba di Malaysia.

DFTZ mempunyai dua aspek utama – hab logistik serantau Alibaba di KLIA dan KLIC, yang akan diletakkan di lokasi  bersaiz 10 ekar di sebuah bandar di Malaysia.

Datuk Seri Mohd Najib dan Jack Ma di majlis pelancaran DFTZ

Bagaimana Grove dan Catcha menjadi pemaju utama KLIC?

Ia bermula ketika persidangan teknologi Wild Digital anjuran Catcha Group Jun lalu, yang menyaksikan perhimpunan terbesar pemimpin-pemimpin  syarikat teknologi, usahawan-usahawan, dan pelabur-pelabur di Asia Tenggara. Pada majlis itu, Grove secara peribadi telah menemuramah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selama 45 minit  secara pantas di atas pentas.

Kami mahu kerajaan Malaysia menyedari bahawa sektor teknologi di Malaysia adalah benar-benar besar dan sangat hidup. Najib kagum dengan ekonomi digital dan sektor teknologi yang agak besar yang syarikat-syarikat teknologi Malaysia telah wujudkan dan kian menjadi hebat di perniagaan serantau.

“Kemudian, kami telah mengadakan sebuah mesyuarat kecil di belakang pentas, di mana beliau bertanya, apa lagi yang kerajaan boleh  lakukan untuk meletakkan Malaysia di barisan hadapan dalam revolusi digital?” Grove mengimbas kembali.

Grove, bersama-sama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Model Ekonomi Malaysia (MDEC) Datuk Yasmin Mahmood, kemudian telah memikirkan beberapa idea yang akan memberi manfaat kepada Malaysia.

Salah satu daripada idea-idea utama adalah untuk melancarkan salah satu zon perdagangan bebas digital terbesar di dunia dan juga untuk mencipta aura ‘Silicon Valley ‘ di Malaysia.

KLIC bakal menjadi Silicon Valley Asia Tenggara

“Ia  serupa dengan menjadikan Lembah Klang,  Silicon Valley di Asia Tenggara, dengan menjadikan Silicon Valley dan Dubai Internet City sebagai model bagi KLIC,” tambah beliau.

Cadangan ini telah diserahkan kepada Najib dan pasukannya pada bulan Ogos tahun lepas, dua bulan selepas persidangan Wild Digital.

Kekuatan Catcha Adalah Pada Pengalamannya

Catcha Group, yang memegang lebih 60 pelaburan langsung dan tidak langsung, telah mempunyai pengalaman dalam menjadi rakan kongsi tempatan dan bekerjasama dengan rakan kongsi global yang besar untuk mengembangkan perniagaannya.

Dengan KLIC, Grove berkata ia tidak banyak berbeza, kerana Catcha sedang berunding dengan rakan-rakan kongsi global yang mempunyai potensi.

KLIC akan menjadi gabungan perniagaan yang tersendiri, kerana Catcha dan rakan-rakan niaganya akan menubuhkan sebuah syarikat pembangunan baru dan membiayai pembangunan bandar tersebut. Grove telah membayangkan bahawa KLIC  akan terdiri daripada badan-badan yang berkaitan dengan kerajaan, rakan kongsi antarabangsa, dan sebuah syarikat Malaysia.

“Boleh dikatakan, Kami tidak tahu bagaimana untuk membina sebuah bangunan.

“Kami bukannya pencipta”

“Saya rasa nilai yang kami  ada adalah dari segi syarikat internet, kami  mungkin salah satu penyewa terbesar ruang pejabat di Asia Tenggara.  “Jadi, kami memahami  apa yang syarikat mahu, sama ada dari sudut pandangan tuan tanah atau insentif,” Grove terangkan.

Sebuah contoh yang mudah, Grove berkata  di Malaysia, selepas pukul 7 malam, sistem penghawa dingin dimatikan dalam kebanyakan bangunan pejabat. Walau bagaimanapun, syarikat-syarikat teknologi tidak mengamalkan waktu bekerja konvensional dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Di sinilah pengalaman Catcha memainkan peranan – “Kami memahami apa yang syarikat teknologi  perlukan untuk berkembang maju”. Grove bercadang untuk mempunyai kemudahan-kemudahan seperti pod tidur, pancuran  mandi dan gimnasium 24 jam serta kedai-kedai makan di  KLIC suatu hari nanti.

Memikirkan tentang peniaga-peniaga kecil, unit pejabat akan disediakan untuk permulaan peringkat awal di mana mereka akan ditempatkan di dalam gudang atau jenis persekitaran seperti gudang. Kemudian, akan ada bangunan bertingkat yang rendah bagi syarikat-syarikat bersaiz sederhana dan pejabat lima bintang bagi syarikat-syarikat yang lebih besar dan syarikat-syarikat Internet bertahap antarabangsa.

Grove menganggarkan bahawa KLIC akan menjadi kediaman kepada lebih 15,000 pekerja, jumlah itu sama dengan 1000 buah syarikat

Sementara itu, keuntungan utama Kumpulan Catcha daripada jualan iProperty belum dikhaskan untuk apa-apa urus niaga atau pelaburan tertentu. Kata Grove, sebahagian daripada hasil jualan iProperty, mungkin akan dilaburkan dalam KLIC.

Potensi Malaysia Sebagai Lokasi hab DFTZ di Asia Tenggara

Sama ada terdapat bakat yang mencukupi dalam negara untuk menyokong syarikat-syarikat teknologi antarabangsa seperti Instagram untuk menarik mereka untuk membuka kedai di KLIC, Grove mengatakan bahawa Malaysia mempunyai segala-galanya.”Rakyat Malaysia mempunyai pemikiran yang positif  dan semua orang bercakap Bahasa Inggeris, ciri-ciri ini yang  orang selalu pandang rendah.

Selain itu, Grove menyatakan bahawa terdapat banyak syarikat-syarikat teknologi Malaysia  berjaya dalam sektor perniagaan serantau. Hal ini ketara dalam usaha syarikat-syarikat seperti AirAsia, Grab, CIMB dan Maybank.

“Usahawan Malaysia dari hari pertama sudah mempunyai orang-orang dengan wawasan, keyakinan dan keberanian untuk membawa perniagaan mereka ke tahap serantau. Malaysia boleh membina syarikat-syarikat serantau yang besar,” katanya menerangkan dengan lebih terperinci.

Grove dan Datuk Seri Najib di Majlis Pelancaran DFTZ

Pengkritik cepat mengkritik dengan menyatakan KLIC hanyalah satu impian, sama dengan bayangan inisiatif Multimedia Super Corridor (MSC) 1996

Walaupun, MSC telah mencapai beberapa kejayaan, pengkritik mengatakan dengan jumlah usaha yang telah dilaburkan, Malaysia tidak menghasilkan banyak syarikat teknologi seperti yang diharapkan. Walaupun begitu, kini wujudnya satu perbezaan yang besar dari masa lampau.

KLIC akan terletak benar-benar di pusat bandar dan semua keperluan usahawan akan dipenuhi kerana ia telah direka oleh salah satu  pereka terbaik mereka.

Satu-satunya risiko yang tinggal ialah risiko melaksanakan projek ini.

Sumber: The Star

 

Show More

Related Articles

Back to top button