Isu SemasaTempatan

Larangan Merokok di Taman-Taman Awam di Klang

MEROKOK akan dilarang di tiga taman awam di Klang, perintah ini berkuat kuasa mulai 1 Julai tahun ini.

Taman-taman tersebut adalah Taman Bandar Di Raja, Taman Rakyat di Taman Sri Andalas dan Kompleks Sukan Pandamaran di Pelabuhan Klang.

Kempen kesedaran mengenai larangan merokok di taman-taman akan bermula dari 3 Mei ini.

Kempen kesedaran larangan merokok di taman-taman awam

Pada 1 Februari, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017 berkuatkuasa, di taman-taman awam di Malaysia yang ditetapkan sebagai kawasan larangan merokok kecuali bagi medan letak kereta awam terbuka.

Di bawah pindaan itu, merokok tidak lagi dibenarkan di tapak perkhemahan, gelanggang permainan, taman permainan dan taman-taman awam.

Pengarah Komunikasi Korporat, Majlis Perbandaran Klang (MPK), Norfiza Mahfiz berkata perbandaran menyokong peraturan baru yang telah diwartakan oleh Kementerian Kesihatan pada 24 Januari lepas.

“Pengharaman itu akan membantu mewujudkan persekitaran yang lebih sihat untuk keluarga dan kanak-kanak.

“Jabatan penguatkuasaan kami akan menjalankan pemeriksaan mengejut di ketiga-tiga taman awam tersebut,” katanya yang menyeru sokongan penuh daripada orang ramai.

“Taman-taman awam kita mestilah bebas asap rokok”.

“Asap terpakai boleh menyebabkan kanser dan tindakan ini adalah baik untuk tidak menggalakkan orang ramai daripada merokok di taman-taman di mana terdapatnya kanak-kanak dan mereka yang tidak merokok berkumpul,” terangnya dengan lebih lanjut.

Pada bulan Jun, 2013, Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah cuba untuk mengharamkan aktiviti merokok di Taman Jaya, sebuah taman awam, namun tidak berjaya untuk meluluskan undang-undang tersebut.
Kini dengan warta daripada Kerajaan Persekutuan, majlis-majlis perbandaran di seluruh negara boleh melaksanakan pengharaman ke atas aktiviti merokok.

Rakyat Malaysia membelanjakan antara RM500 dan RM600 sebulan ke atas rokok.

Norfiza berkata peraturan tersebut akan lebih  tidak menggalakkan aktivti dalam kalangan  orang muda.Apabila larangan itu dikuatkuasakan, mereka yang ditangkap merokok di taman-taman akan dikenakan denda sebanyak RM50.

Presiden Persatuan Pengguna Klang, Devadass Anjan berkata, majlis perbandaran mesti tegas dalam menguatkuasakan peraturan baru ini.

” Tidak berguna hanya mempunyai tanda larangan merokok sahaja. Saya perasan terdapat mereka yang menyalakan rokok di lobi bangunan milik perbandaran walaupun kawasan tersebut berhawa dingin di mana merokok adalah tidak dibenarkan.

“Pegawai-pegawai kesihatan perlu mendenda mereka dengan serta-merta untuk menyampaikan mesej ini dengan jelas,” katanya.

Sumber: The Star

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker